- Berita
- Berita Auto
- LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3
Orang ramai menaiki LRT3 di Shah Alam. Gambar: Bernama Radio.
Hari pertama operasi Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Shah Alam semalam menyaksikan sambutan luar biasa apabila merekodkan lebih 60,000 perjalanan penumpang! Kehadiran luar biasa ini membuktikan rangkaian rel baharu ini sememangnya amat dinantikan oleh warga kota.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Amir Hamdan berkata, sambutan tersebut merupakan petanda positif terhadap penerimaan masyarakat terhadap laluan baharu berkenaan.Berita Kemahiran TVET
Beliau berkata, lebih 60,000 perjalanan pada hari pertama menunjukkan bahawa masyarakat memerlukan pilihan pengangkutan awam yang lebih baik di koridor barat Lembah Klang.
“Ini merupakan permulaan yang amat memberangsangkan. Kami akan terus memantau corak perjalanan penumpang, prestasi operasi serta maklum balas pengguna bagi memastikan pengalaman perjalanan terus dipertingkatkan apabila semakin ramai mula menggunakan laluan ini,” katanya dalam kenyataan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
