Link Copiedcheck_circle
EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Emeya-Photo-4.jpg

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali lagi menjadi saksi sejarah baharu dunia automotif apabila Hyper-GT elektrik sepenuhnya, Lotus Emeya R mencipta rekod baharu  apabila mencatatkan masa pusingan luar biasa 2 minit 20.317 saat sekali gus  menjadikannya lap EV terpantas yang pernah direkodkan secara rasmi dalam sejarah Litar Sepang.

Apa yang lebih mengagumkan, jentera yang memecahkan rekod ini bukanlah sebuah kereta lumba yang diubah suai ekstrem, sebaliknya adalah kenderaan spesifikasi pengeluaran standard. Ini bermakna, prestasi yang memukau di litar lumba ini adalah keupayaan tulen yang sama yang anda akan dapat terus dari bilik pameran!

Bukti Dominasi Mutlak Lotus

Emeya-Photo-3.jpg

Menjinakkan litar Grand Prix sepanjang 5.543km yang terkenal dengan selekoh teknikal dan laluan lurus yang menuntut sifat 'lapar kuasa', Emeya R berjaya memotong lebih daripada tujuh saat berbanding rekod EV terpantas sebelum ini yang dicatatkan pada awal tahun 2026.

Dipandu oleh pelumba GT profesional, Daniel Lu, dan diseliakan sepenuhnya oleh Jurutera Dinamik Kenderaan Kumpulan Lotus, jentera ini membuktikan bahawa peralihan ke era elektrik langsung tidak menumpulkan taring Lotus dalam memberikan dinamik kenderaan bertaraf dunia dan kepuasan pemanduan tanpa kompromi.

Pencapaian ini juga merupakan kesinambungan kegemilangan Lotus di Sepang. Pada tahun 2025, model berkuasa petrol mereka, Lotus Emira, yang dipandu oleh ikon sukan permotoran negara, Tengku Djan Ley, telah mencatatkan masa 2:27.932. Hanya setahun kemudian, Emeya R datang dan meletakkan tanda aras baharu yang jauh lebih tinggi, membuktikan DNA pengendalian legenda Lotus kini berjaya diterjemahkan ke dalam era elektrik.

Bukan Sekadar Laju, Ia Direka "Untuk Para Pemandu"

Emeya-Photo-1.jpg

Sementara itu,  Pengarah Kanan untuk Casis dan Dinamik Kenderaan di Lotus, Chong Yok Meng berkata, di Lotus, litar sentiasa menjadi medan pembuktian utama.

"Setiap Lotus direka untuk satu tujuan – For The Drivers (Untuk Para Pemandu). Setiap keputusan kejuruteraan yang kami buat, daripada penalaan casis dan rasa stereng hinggalah kepada aerodinamik dan penyampaian kuasa, adalah difokuskan untuk memberikan keyakinan, ketepatan dan pengalaman pemanduan yang mengujakan," katanya

"Rekod ini adalah lebih daripada sekadar masa pusingan—ia mengesahkan falsafah kejuruteraan kami dan membuktikan bahawa elektrifikasi meningkatkan, dan bukannya menjejaskan, pengalaman pemanduan Lotus.

Mengintai di sebalik badannya yang garang, Emeya R dibekalkan dengan kuasa luar biasa 905 PS dan tork raksasa 985 Nm. Senjata ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat!

Namun, rahsia sebenar kelajuan Emeya R di litar bukan sekadar pada kuasanya, tetapi pada falsafah "keliangan" (porosity) aerodinamik yang diwarisi daripada hypercar Evija. Rekaan genius ini membolehkan udara mengalir menembusi, di bawah, dan di sekeliling badan kereta untuk menghasilkan daya mendap (downforce) maksimum, sekali gus memastikan ia melekat erat pada permukaan litar Sepang ketika mengambil selekoh laju.

Pernyataan Kuasa di Asia Tenggara

Emeya-Photo-5.jpg

Acara Time Attack rasmi kedua Lotus di SIC ini merupakan program prestasi elektrik pertama mereka di Asia Tenggara. Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah membuktikan kepentingan pasaran negara ini buat Lotus, selain menjadi pentas terbaik untuk mempamerkan warisan sukan permotoran mereka selama 75 tahun.

Dengan kejayaan terbaharu ini, Lotus Emeya R bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai salah satu kereta prestasi elektrik terkemuka di dunia, malah memberi amaran keras kepada pesaing lain: Dalam era elektrik, Lotus masih memegang takhta sebagai raja pemanduan sejati.

Untuk makluman, Lotus Emeya R dikuasakan oleh rangkaian kuasa elektrik yang menghasilkan 905 PS dan 985 Nm daya kilas, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j hanya dalam 2.8 saat.


Tag:

Lotus Emeya R
Sepang International Circuit (SIC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-04-2026
Pandu Uji

14-02-2026
Berita Auto
Berita Auto

08-09-2025
Berita Auto

20-08-2025
Berita Auto
Berita Auto

30-06-2025
Berita Auto

17-04-2025

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV