- Berita
- Berita Auto
- SIC Bebas 'Red Flag', Persiapan F1 Bahrain GP 2026 Memasuki Fasa Akhir
SIC Bebas 'Red Flag', Persiapan F1 Bahrain GP 2026 Memasuki Fasa Akhir

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini berada di fasa akhir persiapan bagi penganjuran Formula 1 (F1) Bahrain Grand Prix 2026.
Difahamkan, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah mengadakan pemeriksaan teknikal dan tidak menemui sebarang 'red flag' menjelang perlumbaan yang dijadual berlangsung pada Oktober ini.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Menteri KBS, Mohammed Taufiq Johari berkata, pasukan teknikal FIA bersama pengurusan Formula 1 mengadakan lawatan pemeriksaan ke SIC pada 23 Julai lalu bagi menilai tahap kesiapsiagaan litar.
"Kita sudah bersedia. Hanya beberapa kerja naik taraf dan sentuhan akhir perlu disiapkan bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan sebelum trek ditutup bermula 7 September depan," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan ke SIC, hari ini.

Penutupan trek itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja naik taraf, ujian teknikal serta persiapan akhir menjelang perlumbaan dan akan berkuat kuasa sehingga tamat penganjuran Bahrain Grand Prix.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
