- Berita
- Berita Auto
- Cuti Sekolah: 2.2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS

Sebanyak 2.2 juta kenderaan dijangka membanjiri Lebuhraya PLUS sempena sambutan Hari Kebangsaan dan cuti sekolah bermula 28 hingga 31 Ogos serta 4 hingga 7 September ini.
Bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang, pengguna lebuh raya amat digalakkan untuk merujuk jadual digital MyPLUS-TTA (Travel Time Advisory) menerusi Aplikasi PLUS. Panduan ini disusun mengikut pola trafik terdahulu untuk mengagihkan aliran kenderaan secara optimum.
Smart Lane Diaktifkan di 33 Lokasi Terpilih
Sebagai langkah mengurangkan kesesakan di titik panas (hotspot), PLUS dengan kerjasama PDRM, JPJ, dan LLM akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 33 lokasi strategik.
Pemandu perlu sentiasa peka dengan papan tanda pemberitahuan Smart Lane dan mematuhi had laju yang ditetapkan. Penggunaan lorong kecemasan di luar lokasi pengaktifan Smart Lane adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Tip Penting: Muat turun Aplikasi PLUS untuk menyemak maklumat trafik masa nyata, lokasi pengecas EV, anggaran kadar tol, dan butang bantuan kecemasan (SOS).
Persediaan Sebelum Memulakan Perjalanan
Bagi memastikan kelancaran transaksi di plaza tol, pastikan baki kad Touch ’n Go, eWallet RFID, atau pautan kad pembayaran aplikasi JustGO anda sentiasa mencukupi. Tekan butang interkom di lorong tol sekiranya mengalami sebarang masalah perkhidmatan.
Selain itu, pastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum bergerak. Ambil masa untuk berehat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang telah ditingkatkan kemudahan surau serta tandasnya jika memandu dalam tempoh yang lama.
Untuk sebarang bantuan kecemasan di lebuh raya, anda boleh menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 atau ikuti saluran media sosial rasmi PLUS.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
