- Berita
- Berita Auto
- Minyak Turun Sekejap Lagi

Harga runcit produk petroleum tanpa subsidi bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos turun dengan RON97 berkurang 20 sen seliter, manakala RON95 serta diesel tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen dan 10 sen.
Menurut Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini, bagi tempoh berkenaan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.15 seliter berbanding RM4.35 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi pada harga RM3.62 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.47 seliter berbanding RM4.57 sebelum ini.
Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah BUDI Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/