Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selesaikan Masalah Kemalangan, 297 Lampu LED Solar Dipasang Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi anda yang sering memandu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), laluan ini bukan sahaja terkenal dengan kes kemalangan tetapi  pelbagai cerita mistik.

Ditambah pula dengan keadaan jalan yang licin dan gelap gelita pada waktu malam, perjalanan sering dirasai mencabar serta mendebarkan.

Namun, cerita-cerita seram dan igauan ngeri "zon gelap" ini dijangka bakal berakhir!

 297 Lampu Jalan LED Berkuasa Solar Menerangi 26 Kilometer Lebuhraya Karak

Dalam usaha rasmi meningkatkan keselamatan pengguna, sebanyak 297 unit lampu jalan LED berkuasa solar kini sedang dipasang di lokasi berisiko di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

📌 TLDR: Rumusan Artikel Lebuhraya Karak
  • Inisiatif: Pemasangan 297 unit lampu jalan LED berkuasa solar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) untuk mengatasi masalah zon gelap waktu malam.
  • Lokasi & Jarak: Melibatkan jarak 26 kilometer dari selepas Terowong Genting Sempah hingga ke Persimpangan Mempaga secara berperingkat.
  • Sasaran Keselamatan: Mitigasi dan penambahbaikan di 13 lokasi blackspot (kawasan kerap kemalangan) di Lebuhraya KLK dan LPT1 bagi tahun 2026.
  • Peruntukan: Dibiyai menerusi peruntukan dalaman Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebanyak RM30 juta di bawah Belanjawan 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemasangan lampu jalan di lokasi yang dikenal pasti kini sedang dilaksanakan secara berperingkat, bermula dari kawasan selepas Terowong Genting Sempah hingga ke Persimpangan Mempaga melibatkan jarak kira-kira 26 kilometer.

image.png

“Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat konsesi turut melaksanakan pemantauan serta penambahbaikan di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau ‘blackspot’.

“Berdasarkan analisis data kemalangan tahunan, sebanyak 13 lokasi ‘blackspot’ di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dikenal pasti untuk tindakan penambahbaikan serta mitigasi bagi tahun 2026,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Negara.



Gallery

Tag:

Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak

Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah sesak teruk gara-gara sebuah lori terbakar.

16-07-2025
Berita Auto

Perhatian! Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Bukannya Ditutup Tetapi Ada Laluan Lencongan

Leburaya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bukannya ditutup sepenuhnya sebaliknya hanya dilencongkan.

14-07-2025
Berita Auto

Kesesakan Teruk Bakal Selesai Selepas Projek Pelebaran Lebuhraya KL-Karak Siap

Projek pelebaran lebuhraya itu membabitkan dua inisiatif iaitu satu membabitkan pelebaran KLK dan satu lagi berkaitan mitigasi banjir di sepanjang LPT1.

20-05-2025
Berita Auto

Ini Sebabnya Kenapa Lebuhraya Karak Tiada Smart Lane

Gara-gara laluan berbukit dan selekoh tajam, laluan Smart Lane tidak boleh diaktifkan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK).

30-07-2024
Berita Auto

Jangan Ikut Hawa Nafsu Ketika Memandu

Tindakan seorang pemandu Proton Waja yang bertukar lorong secara tiba-tiba memakan diri apabila nasib pemandu itu berakhir di tepi jalan.

09-04-2024
Berita Auto

Lebuhraya Karak, LPT Dijangka Sesak Sempena Krismas, Rujuk TTA

ANIH Berhad, telah mengumumkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena musim cuti perayaan Krismas.

20-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026