Nak Beli Kereta? Kereta Apa Yang Anda Boleh Dapat Dalam Harga RM50K Hingga RM60K!
Sekiranya anda mempunyai bajet sekitar RM50,000 hingga RM60,000, adakah anda sanggup untuk membelanjakan wang berkenaan untuk membeli kereta baharu atau kereta terpakai?
Berdasarkan penyelidikan kami di caricarz.com, di sini terdapat beberapa model kereta yang memenuhi anggaran harga itu seperti Proton Exora 2020, Nissan Almera 2020, Perodua Alza 2020 dan Proton Persona 2020.
Ia termasuk Perodua Myvi 2021, Proton Persona 2021, Perodua Bezza dan juga Proton Iriz 2021.

Pendek kata, jika anda tidak kisah untuk memiliki kereta lama antara dua hingga tiga tahun, anda sebenarnya boleh mempertimbangkan untuk membeli barisan kereta ini!
Biarpun, ia masih di bawah jaminan ( dengan syarat ia diservis atau diselenggarakan di pusat servis), tempoh jaminannya adalah tidak lebih lima tahun atau apa yang ditawarkan kepada anda ketika membeli kereta itu di bilik pameran.
Ia masih mempunyai jaminan sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun.
Anda juag boleh mendapatkan beberapa model dalam lingkungan tahun 2018 hingga 2019 seperti Honda Jazz keluaran tahun 2018, Renault Captur (2018), Hyundai Ioniq Hybrid BlueDrive HEV (2018), Perodua Myvi (2018) dan Isuzu D-Max (2019).
Kebanyakan kereta ini mencatatkan perbatuan dari 5,000 kilometer (km) hingga 85,000km.
Mengimbau sejarah harga kereta ini ketika dilancarkan, ia dikatakan berharga antara RM55,300 hingga RM100,328.


Ia kemudian diikuti dengan kereta keluaran tahun 2015 hingga 2016 dimana ia terdiri daripada kereta Mitsubishi ASX (2016), Nissan Teana (2015), Subaru XV (2016), Nissan Grand Livina dan juga Proton Perdana (2016).
Bagi kereta tahun ini, rata-rata kereta ini mencatatkan perbatuan dari 40,000km hingga 90,000km.
Seperti sedia maklum, ketika kereta ini dilancarkan ia dikatakan berharga antara RM73,000 hingga RM175,000.


Bagi kereta keluaran tahun 2012 hingga 2014, ia terdiri daripada Audi Q5 TFSI Quattro (2012), Mazda CX-5 SKYACTIV-G (2012), Subaru XV(2013), Hyundai Grand Starex Royale GLS Premium (2013) dan juga Toyota Corolla Altis keluaran tahun 2014.
Masing-masing mencatatkan perbatuan antara 55,000km hingga 105,000km dan ketika kereta berkenaan dilancarkan, ia berharga dari RM73,000 hingga RM328,000.


Menyentuh mengenai kelebihan membeli kereta baharu, sudah pastinya bank mengenakan kadar faedah yang rendah untuk pinjaman serta tempoh jaminannya.
Selain itu, kesemua kereta baharu hadir dengan teknologi dan alat ganti baharu, jadi tidak mustahil, kenderaan baharu tidak memerlukan tempoh pembaikan dalam beberapa tahun pertama selagi pemiliknya melakukan melakukan penyelenggaran secara berkala.
Bagaimanapun, siapa kata tiada sebarang keburukan membeli kereta baharu? Bagi pembelian kereta baharu, harga kenderaan baharu akan berhadapan dengan penyusutan nilai yang agak tinggi hanya dalam beberapa tahun pertama.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa anda hanya membuang ribuan ringgit secara membuta tuli!
Berbeza dengan kereta terpakai, antara kelebihannya adalah menawarkan pembelian pada harga yang lebih rendah sekaligus tidak membebankan anda untuk membuat pembayaran secara tunai atau membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.
Malah, anda juga berpeluang mendapatkan model kereta yang memiliki spesifikasi yang tinggi dengan harga yang anda mampu milik!
Tidak kurang juga, anda hanya perlu membuat pinjaman dalam jumlah yang sedikit sekali gus membuatkan anda tidak beban dengan pembayaran bulanan.
Lazimnya, pinjaman untuk kereta terpakai adalah jauh lebih rendah berbanding kereta baharu menyebabkan si peminjam boleh melunaskan hutang kereta dalam tempoh yang lebih awal.
Begitupun, penyusutan nilai untuk kereta terpakai juga jauh lebih rendah dimana anda mampu menjual kereta anda dengan harga yang hampir anda beli dalam beberapa tahun akan datang.
Berdasarkan Laporan Pengguna, anda sebenarnya boleh membuat perbandingan mengenai model tertentu atau jenama kereta dan pilih model kereta yang sebenarnya boleh dijual pada harga tinggi.
Namun diakui ada juga kekurangan membeli kereta terpakai terutamanya tahap kebolehpercayaan untuk membeli kereta yang usianya semakin senja (lama).
Sudah pastinya, anda perlu membelanjakan wang yang agak banyak untuk membaik pulih kereta terpakai terutamanya jika pengedar kereta itu tidak memberi jaminan kereta dalam tempoh yanglama.
Malah, sikap pemilik terdahulu juga memainkan peranan penting dalam membeli kereta terpakai. Oleh itu, kami menasihatkan pembeli untuk mendapatkan khidmat nasihat mekanik bertauliah untuk memeriksa kereta terpakai.
Bagaimanapun, kos pembaikan juga dikatakan berbeza namun semuanya bergantung kepada sesebuah bengkel itu.
Tidak ketinggalan juga bahawa kereta terpakai mengenakan kadar faedah yang agak tinggi. Ini adalah kerana insentif pengeluar kereta terhadap kereta baharu selain wujudnya risiko tinggi dari segi pembiayaan kereta terpakai.
Hakikatnya, gambaran jelas mengenai kereta terpakai sebenarnya sukar diramalkan kerana ia boleh membawa masalah kepada si pemberi pinjaman terutamanya dalam menggangarkan kos yang diperlukan untuk menjual kenderaan berkenaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia (2027): Bandingkan 4 Cara Ini
Menjual Kereta Terpakai di Malaysia pada 2027? Bandingkan Tukar Beli, Jualan Persendirian, Syarikat Pembeli Kereta dan Konsainan, serta Pertukaran Hak Milik JPJ & Pemeriksaan.
05-11-2026
Musim Hujan, Jangan Main Redah, Ini Cara Semak Jalan Banjir & Tutup
Pengajaran Banjir NKVE & Shah Alam: 5 Sumber Rasmi Wajib Semak Masa Hujan Lebat.
04-11-2026
Analisis: RON95 Campur Air?Simpan Resit Minyak Anda Mulai Sekarang
Ancaman Petrol RON95 Bercampur Air: Kenapa Sekeping Resit Kecil Boleh Selamatkan Anda.
03-11-2026
Kenapa Hon Boleh Cetuskan Kemarahan?
Nak Keluar Parking Pun Susah, Hon Pula Mengundang Marah
02-11-2026
Lampu Enjin Menyala, Jangan Terus Percaya Kata Sensor
Jangan Percaya Bulat-Bulat Kata Foreman! Ini Pengalaman Sebenar Saya.
28-10-2026
Tiada Insurans Banjir: Ini Anggaran Kos 'Special Perils' Yang Perlu Anda Tahu
RM8 hingga RM40 Sebulan Boleh Selamatkan Kereta Anda Daripada 'Total Loss' Musim Hujan.
27-10-2026
Kereta Rasa Stabil Tapi Penumpang Belakang Rasa Nak Muntah? Apa Sebenarnya Masalah Suspensi Anda?
Betul Ke Sebab Suspensi Kereta?
26-10-2026
Kereta Terpakai Anda Mungkin Bernilai Lebih Daripada Anda Fikirkan. Ini Apa Yang 10 Pemilik Dapat Melalui Konsainan
Mahu menjual kereta terpakai anda di Malaysia? Lihat apa yang diterima oleh 10 pemilik melalui konsainan CariCarz AutoMall, daripada Axia hinggalah Zeekr.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



