Ini Yang Dilakukan Lamborghini Untuk Capai Sasaran Neutral Karbon

Automobili Lamborghini ingin mempercepat usaha ke arah penyahkarbonan dengan menggunakan biometana untuk menguasakan kilang Sant’Agata Bolognese.
Usaha yang kukuh ke arah kelestarian oleh Lamborghini ini dilihat dapat mengurangkan emisi karbon secara signifikan dalam masa hanya beberapa tahun.

Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif Automobili Lamborghini, Stephen Winkelmann berkata, "Dalam aspek kelestarian, Lamborghini ialah perintis dalam industri automotif sejak isu ini masih belum lagi dititikberatkan oleh syarikat-syarikat besar, atau hanya sebahagian. Komitmen kami telah bermula sejak tahun 2009 lagi melalui beberapa siri program dan pelaburan sehingga mendapat sijil 'neutral CO2' untuk seluruh fasiliti pada tahun 2015. Hari ini, langkah yang diambil ialah untuk mempercepat pencapaian matlamat daripada menjadi tapak pengeluaran yang 'neutral CO2' kepada syarikat yang 'neutral CO2' melalui pendekatan holistik membabitkan produk, kilang, logistik dan rantaian bekalan.

Usaha yang diambil akan dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida daripada 37 peratus sehingga kira-kira 80 peratus, bersamaan dengan sekitar 11,000 tan karbon dioksida setahun.
Selain itu, Lamborghini juga turut memandang usaha ke arah kelestarian sebagai satu tanggungjawab etika. Tidak cukup dengan itu, jenama kereta mewah ini turut akan mempercepatkan proses nyahkarbon ini dalam aspek lain juga.

Antara yang akan dilakukan ialah menghasilkan taman yang ditanami 10,000 pokok oak, projek bio-pemantauan lebah dan juga projek pembinaan salah satu daripada sistem fotovoltan yang terbesar di Emilia-Romagna, Itali.
Bukan itu sahaja, usaha ini turut termasuk pembinaan kilang yang menggunakan sistem 'trigeneration' atau gabungan penyejukan, pemanasan dan kuasa (CCHP) dan juga 'district heating' di samping pelancaran projek logistik lestari.

Secara keseluruhannya, kos yang dibelanjakan untuk melancarkan proses transformasi dramatik ini ialah EUR 1.5 bilion (kira-kira RM 7,224,917,723).
![]()

Diharapkan banyak lagi syarikat akan mengambil langkah yang lebih proaktif seperti yang dilakukan Automobili Lamborghini.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


