Bilangan Pemandu Ditambah Bagi Melancarkan Proses Ujian Apple Car
Apple Inc dikatakan sedang berusaha untuk menaik taraf sistem kereta pandu sendirinya baru-baru ini.
Desas-desus mengatakan bahawa Apple berhasrat untuk melancarkan kereta elektriknya, Apple Car menjelang tahun 2025.
Bagi melancarkan ujian kereta elektriknya, Apple sanggup menambahkan lagi bilangan pemandu sekali gus menjadikan angka keseluruhannya kini sebanyak 137 pemandu.
Untuk rekod, ia cuma memiliki 54 pemandu pada Mei tahun lalu.

Menurut portal berita automotif, autoevolution.com, program kereta tanpa pemandu, yang dikenali sebagai Projek Titan telah mencapai satu tahap.
Apple dikatakan telah membincangkan perjanjian pembuatan kereta itu dengan rakan kongsinya namun malangnya, rundingan berkenaan dilaporkan telah menjadi terlalu rumit.

Turut dilaporkan bahawa Apple Inc berhasrat untuk bekerjasama dengan pembuat kereta bukan elektrik untuk memantau projek berkenaan.
Ini kerana mereka yakin bahawa pengeluar kereta konvensional mempunyai keupayaan untuk mengendalikan proses pembuatan kereta.

Oleh itu, beberapa rundingan sedang dibuat termasuk dengan Hyundai namun tidak membuahkan hasil memandangkan tiada mana-mana pengeluar kereta bersedia untuk menjadi pengeluar kereta kontrak untuk Apple.
Bagaimanapun, usaha sama antara Magna dan LG kini berada di fasa akhir untuk mendapatkan kontrak daripada Apple. Sebaliknya, Apple pula masih mempertimbangkan pilihan lain.
Untuk makluman anda, LG telah keluar dari pasaran telefon pintar secara rasmi sejak beberapa tahun lalu.
LG kini dilihat cuba untuk memasuki pasaran automotif dan sudah mula membekalkan motor, pek bateri dan komponen untuk General Motors dan Tesla.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA6371
SELANGOR
BSV3203
JOHOR
JH8465J
PULAU PINANG
PSH5781
PERAK
APN2480
PAHANG
CFJ4752
KEDAH
KGJ9386
NEGERI SEMBILAN
NEM6735
KOTA KINABALU
SJV3102
KUCHING
QAB859Q
Terakhir Kemas Kini 24 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Orang Lain Boleh Akses Apple Car Tanpa Kunci? Ini Caranya!
Dari tahun 2014 lagi Apple telah menguar-uarkan usaha untuk membangunkan kereta mereka sendiri.
30-08-2021
Berita Terkini
Sekatan Jalan Raya: Apa Perlu Buat Jika Pihak Berkuasa Minta Duit
Pembayaran hendaklah mengikut prosedur yang dibenarkan,
23-11-2026
MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai
PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.
23-11-2026
Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir
Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.
23-11-2026
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh
Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.
23-11-2026
Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion
: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .
23-11-2026
10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka
GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.
23-11-2026
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


