Kehadiran Mazda CX-50 Didedahkan - Tampil Ranggi & Luas!
Mazda telah mendedahkan satu lagi keluaran baharu, Mazda CX-50, kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana yang menjadi pesaing kepada kereta-kereta seperti Honda CR-V dan Toyota RAV4 dalam pasaran Amerika Utara.

Model ini sangat berbeza dengan CX-5 yang dianggap sebagai adik-beradik kepada SUV baharu ini. CX-5 memiliki ruang yang agak sempit, sementara Mazda CX-50 pula lebih luas dan lapang.
Dari segi rekaan, model baharu ini kelihatan lebih lasak dan ranggi dengan garisan sudut yang lebih banyak terutamanya pada bahagian dapra. Sudut depannya dilengkapi gril besar yang menjadi trademark Mazda. Pandangan hadapan kereta disempurnakan dengan lampu depan yang berbentuk tajam di samping liang kemasukan udara pada bahagian tepi yang berada dalam kedudukan menegak. Selain itu, turut terdapat garisan cahaya melintang yang halus dan pencahayaan aksen bersepadu.

Rel bumbung, tiang B dan jenang pintu juga telah diperkukuh supaya muatan yang dibawa boleh diletakkan pada bahagian atas CX-50 tanpa sebarang masalah.
Bergerak ke bahagian dalam, Mazda CX-50 hadir dengan gaya dalaman yang juga beraura ranggi seperti di luar namun dalam masa yang sama tetap mengekalkan ciri premium.

Kali ini Mazda tampil dengan material campuran untuk tempat duduknya yang diinspirasikan daripada peralatan outdoor untuk menampakkan sisi 'macho' kereta. But kereta telah direka semula untuk memudahkan mereka yang berjiwa lasak dan suka melakukan aktiviti luar. Warna baharu, terracotta, turut ditawarkan sebagai pilihan. Tidak cukup dengan itu, ciri lain yang menambahkan lagi keunikan kereta ialah bumbung suria panoramik, ciri yang pertama kali ditawarkan oleh Mazda.

Mazda telah mengesahkan bahwa CX-50 akan menggunakan trenpacuan semua roda atau AWD beserta ciri Mazda Intelligent Drive Select (Mi-Drive) dengan mod pemanduan off-road secara standard. Terdapat desas-desus mengatakan model ini akan dihasilkan berdasarkan platform Skyactiv-Vehicle Architecture seperti Mazda 3 dan CX-30. Namun, persoalan sama ada model ini akan menggunakan rasuk kilasan untuk suspensi belakang yang sama seperti kereta lain yang menggunakan platform sama, masih tidak diketahui.

Mazda CX-50 akan ditawarkan dalam dua versi iaitu versi enjin petrol 2.5L aspirasi natural (NA) dan enjin 2.5T SkyActiv berpengecas turbo. Kuasa akan disalurkan melalui transmisi automatik enam kelajuan secara standard. Kuasa output kereta masih tidak diketahui namun kita boleh menjangkakan kuasa sama seperti Mazda 3 dan Mazda CX-30. Untuk model ini, kereta dengan enjin NA memiliki 186 kuasa kuda dan 252 Nm tork, sementara itu versi enjin turbo pula memiliki 227 kuasa kuda dan 420 Nm tork. Bukan itu sahaja, versi yang menggunakan trenkuasa hibrid juga bakal ditawarkan pada masa akan datang. Sistem ini dikatakan akan dihasilkan dengan kerjasama Toyota.
Pengeluaran CX-50 akan dimulakan pada awal tahun 2022 di kilang Mazda Toyota Manufacturing (MTM) yang berlokasi di Huntsville, Alabama. Kereta ini akan menjadi model Mazda pertama yang dihasilkan di kilang ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum
Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.
29-10-2025
Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027
Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.
08-09-2025
Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang
Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.
03-07-2025
Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...
Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.
25-06-2025
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun
Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.
20-06-2025
Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?
Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.
18-06-2025
Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K
Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.
03-06-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
