- Berita
- Berita Auto
- Pelancaran Pertama Honda Malaysia Untuk Tahun 2022: Honda Civic Bermula Dari RM125K!
Pelancaran Pertama Honda Malaysia Untuk Tahun 2022: Honda Civic Bermula Dari RM125K!
Honda Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Honda Civic generasi ke-11 dengan harga bermula daripada RM125,634.64 tanpa insurans.


Seperti yang pernah disebutkan dalam artikel Civic RS sebelum ini, Honda Civic diperkenalkan dalam tiga varian – E, V dan RS.
Kesemua varian menggunakan enjin VTEC berpengecas turbo 1.5L yang menghamburkan kuasa 180 hp dan tork 240 Nm. Kuasa disalurkan melalui transmisi boleh ubah berterusan (CVT) yang telah diperbaik.


Kebanyakan informasi berkenaan varian RS telah didedahkan dalam artikel sebelum ini, kali ini kami akan kongsikan pula maklumat berkenaan varian E dan V.
Mengenai ciri luaran kereta, varian E dilengkapi lampu depan auto, DRL LED, lampu belakang LED dan antena sirip jerung. Varian ini turut memiliki paparan audio bersaiz 7 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Bunyi dikeluarkan melalui empat buah speaker. Bagi tempat duduknya pula, varian E menggunakan upholsteri fabrik.


Berbeza dengan varian lebih tinggi, V tampil dengan ciri yang lebih bersifat premium. Bagi sistem infotainmennya, V dilengkapi skrin paparan bersaiz lebih besar iaitu 9 inci yang juga memiliki fungsi sama seperti varian E namun hadir dengan fungsi tambahan lain iaitu sambungan dengan Apple CarPlay tanpa wayar. Varian ini memiliki lapan buah speaker untuk audio yang lebih imersif. Untuk tempat duduknya pula, varian V menggunakan upholsteri kulit.




Bagi ciri keselamatan, kesemuanya hadir dengan enam beg udara, ISOFIX I-Size Type, kunci pintu auto, ABS, EBD, HSA, ESS, pemantau perhatian pemandu dan penggera keselamatan dengan pelumpuh. Honda kini turut melengkapkan kesemua varian dengan sistem Honda Sensing baharu.


Varian V hadir dengan pakej perkhidmatan telematik Honda Connect, cermin pandang belakang boleh malap automatik dan cermin solek bercahaya. Ciri-ciri ini tidak ditawarkan pada E. Berbanding dengan Honda Civic generasi sebelum ini, fungsi kawalan iklim dua zon kini tidak lagi ditawarkan kepada mana-mana varian. Satu berita yang agak mengecewakan.

Honda Civic ditawarkan dalam lima warna iaitu Ignite Red Metallic, Meteoroid Gray Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.
Honda Civic generasi ke-11 ini ditawarkan pada harga RM125,634.64 untuk varian E dan RM138,043.36 untuk varian V. Sementara itu, varian tertinggi iaitu RS pula berharga RM144,350.09. Pembelian datang dengan jaminan selama lima tahun, tanpa had perjalanan dan juga servis penyelenggaran percuma sebanyak lima kali.


Honda menyasarkan sasaran jualan sebanyak 900 unit. Namun tempahan yang terkumpul telah pun melebihi sasaran iaitu sebanyak 1200 unit. Daripada 1200 unit yang ditempah, 30 peratus daripadanya ialah varian E, 40 peratus ialah V dan 30 peratus RS.
Proses penghantaran akan mengambil masa kira-kira satu ke dua bulan bergantung kepada varian.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!
Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.
28-01-2026
Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan
Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.
09-06-2025
Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja
Honda Civic facelift ini hadir dalam 4 varian.
09-01-2025
Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian
Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.
12-12-2024
Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini
Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.
01-10-2024
Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...
02-08-2024
Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan
Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.
26-07-2024
Tragis! Kemalangan Maut Di JB
Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.
06-03-2024
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

