- Berita
- Berita Auto
- Bermulanya Era EV M'sia: Shell & Porsche Umum Permulaan Operasi Stesen Pengecas Berprestasi Tinggi
Bermulanya Era EV M'sia: Shell & Porsche Umum Permulaan Operasi Stesen Pengecas Berprestasi Tinggi
Shell dan Porsche Asia Pasifik telah mengumumkan permulaan operasi stesen pengecas berprestasi tinggi (HPC) di Tangkak, Johor.
Stesen ini merupakan rangkaian infrastruktur HPC yang pertama di Asia Tenggara dan merupakan infrastruktur EV merentas negara pertama Shell di rantau ini.
![]()
Pembinaan stesen ini menjadi permulaan bagi penyediaan sebanyak 12 poin pengecasan di enam stesen Shell yang terletak secara strategik di sepanjang lebuh raya Utara-Selatan Malaysia.
Dengan adanya rangkaian ini, orang ramai dapat mengecas EV dengan lebih pantas dan dapat memandu daripada Singapura melalui Malaysia hinggalah ke negara Thailand dengan lebih mudah menggunakan kereta elektrik.
"Penyahkarbonan ialah cabaran global yang memerlukan penyelesaian meluas, merangkumi pelbagai aspek. Kerjasama kami dengan Porsche untuk memenuhi keperluan pelanggan EV hari ini merupakan inisiatif yang penting dalam strategi Powering Progress untuk mencapai matlamat emisi sifar bersih menjelang tahun 2050. Bersama dengan Porsche, kami akan berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengecasan EV di sepanjang nadi laluan penting yang menghubungkan ketiga-tiga negara di rantau ini," ujar Naib Presiden Kanan Mobiliti Timur Shell, Amr Adel.

Enam stesen Shell yang terpilih di Malaysia akan dilengkapi pengecas arus terus (DC) 180 kilowatt (kW) yang juga merupakan kemampuan pengecasan terpantas di Malaysia.
Porsche Taycan misalnya, boleh dicas daripada 0 ke 80 peratus dalam masa hanya 30 minit. Jarak perjalanan yang boleh ditempuhi pada kapasiti ini ialah 390 km (WLTP2).

Selain dapat mengurangkan tempoh pengecasan, infrastruktur ini turut menyokong tempahan secara dalam talian dan juga bayaran melalui platform bersepadu.
Pengguna EV akan dapat menggunakan mana-mana stesen HPC melalui servis bayar setiap penggunaan (pay-per-use) atau melalui pelan keahlian eksklusif dengan membuat tempahan menggunakan aplikasi ParkEasy.
Sistem tempahan maya yang mengenakan caj sebanyak RM4 ini memberikan semua pelanggan EV masa kelonggaran selama 60 minit untuk tiba ke stesen.

Setiap stesen HPC dilengkapi sensor yang dapat mengenalpasti kenderaan yang telah membuat tempahan awal melalui aplikasi.
Selain itu, aplikasi ini turut memiliki fungsi notifikasi yang akan memaklumkan pelanggan tentang ketersediaan mana-mana port pengecas sekiranya semua port sudah ditempah sewaktu tempahan ingin dibuat (sistem giliran).
Dengan adanya rangkaian pengecasan sebegini, mungkin tak lama lagi lebih ramai rakyat Malaysia akan menggunakan kereta elektrik. Sekiranya penyediaan infrastruktur ini masih lagi tidak akan membuat anda membeli sebuah EV, apakah yang membuatkan anda masih lagi ragu-ragu? Kongsi pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



