Nio Bakal Saing Dengan Tesla?
Syarikat automotif terkemuka dari China, Changan Automobile Corporation LTD menayangkan kereta utiliti sukan elektrik– coupe, Avatar E11 baru-baru ini.

Ia dihasilkan bersama Avatar Technology. Ia merupakan pengganti kepada usaha sama antara Changan-syarikat startup kereta elektrik China, Nio selepas ia mengalami masalah kewangan sekitar tahun 2018 dan 2019.
Sejak itu, Changan menjadi pemegang saham utama.
Ketika ini, sebanyak 39 peratus saham Avatar Technology dipegang oleh Changan sementara pembuat bateri, Contemporary Amperex Technology Co. Ltd (CATL) pula memegang 24 peratus saham dan selebihnya dipegang oleh pelbagai dana pelaburan yang lain.
Biarpun, Nio cuma memegang saham sebanyak 1.13 peratus, syarikat itu sudah tidak lagi terbabit dengan sebarang pembangunan keretanya.
Oleh itu, Changan kini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran kenderaan Avatar manakala, CATL pula membangunkan pek bateri selain perisian yang berkaitan.
Sementara itu, Huawei yang bukan merupakan pemegang saham pula tertumpu kepada kerja-kerja pembangunan perisian untuk ketersambungan, sistem infotainmen dan pemanduan pintar.
Pengeluaran percubaan Avatar 11 sudah dimulakan di kilang Changan di Chongqing, China.
Mengenai Avatar E11, SUV elektrik yang panjangnya berukuran 4.8 meter itu selain kelihatan agak futuristik dan sporty.

Ia juga dilengkapi dengan lampu hadapan LED, pemegang pintunya agak tersembunyi dan lampu belakang LED.
Mengenai prestasinya, ia mampu memecut hanya dalam empat saat selain ia mampu bergerak sejauh 700 kilometer dengan hanya sekali cas.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera ini. Ia dijual pada harga RM198,736 dan akan mula melakukan penghantaran pada suku ketiga tahun hadapan.
Untuk rekod, Avatar Technology berhasrat untuk melancarkan tiga lagi model terbaharunya menjelang tahun 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


