Pengaruh TikTok: Dua Remaja Cuba Curi Kereta Guna Teknik Dipelajari Di TikTok

Dua orang remaja di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat (AS) telah ditahan selepas melakukan cubaan untuk mencuri sebuah kereta daripada lot parkir di sebuah zoo menggunakan teknik yang dipelajari daripada aplikasi TikTok.
Jabatan Polis Lincoln (LPD) berkata, dua remaja terbabit cuba untuk mencuri sebuah kereta yang diparkir di Zoo Kanak-Kanak Lincoln pada petang Selasa.
Pegawai polis dihantarkan ke lokasi kejadian pada jam lebih kurang 5 petang sebelum menemui dua orang remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun sedang cuba untuk menghidupkan sebuah Hyundai Santa Fe 2013.

Gambar hiasan: Hyundai Santa Fe 2013
Seorang saksi memberitahu pihak polis, semasa sedang melakukan jenayah tersebut, mereka dilihat merakamkan aksi melalui telefon pintar.
Siasatan mendapati kedua-dua remaja terbabit mengambil bahagian dalam cabaran yang sedang tular dalam media sosial TikTok membabitkan kegiatan mencuri kenderaan. Mereka juga turut membuat pengakuan pernah mencuri kereta lain pada 9 Julai lalu.

Remaja tersebut telah ditahan dan didapati memiliki peralatan untuk aktiviti mencuri. Kedua-duanya kini telah pun dibebaskan kepada ibu bapa masing-masing.
Baca: Remaja TikTok Maut Dilanggar Lori Cuba Cabaran ‘Malaikat Maut’
Cubaan mencuri kenderaan yang dilakukan telah menyebabkan kerosakan bernilai USD 500 (RM 2,226.39) pada kereta.
Peningkatan Kes Kecurian Kenderaan Yang Merisaukan
Pihak penyiasat LPD berkata, terdapat peningkatan drastik dalam kes kecurian kenderaan di sini. Setakat ini, data menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 59.8 peratus dalam kecurian kenderaan berbanding purata selama lima tahun.
Nasihat Penulis
Walaupun kes kecurian yang 'diinspirasikan' daripada TikTok ini dilaporkan berlaku di luar negara, tidak mustahil sekiranya 'virus' ini menular di negara kita juga. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah yang perlu untuk menyelamatkan kenderaan masing-masing. Anda boleh membaca artikel yang pernah ditulis sebelum ini "7 Cara Elak Kereta Dicuri," mungkin ada cadangan yang sesuai untuk digunakan.
Baca: 7 Cara Elak Kereta Dicuri
Sumber: Fox 8 Live, WLOX, KSNB LOCAL 4
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


