Reka Bentuk Honda Accord 2024 Bocor! Ini Perinciannya...

Lakaran yang memaparkan Honda Accord 2024 terbongkar hasil pemfailan paten Brazil. Dikongsi oleh Motor1, lakaran paten itu mendedahkan imej Honda Accord 2024 daripada setiap sudut luar kereta. Sedan bersaiz sederhana tersebut kelihatan tampil dengan bahasa rekaan lebih konservatif berbanding produk Honda terbaharu yang lain.

Berdasarkan lakaran yang terdedah ini, Honda Accord 2024 menerima wajah baharu dengan gril yang direka bentuk semula, lampu hadapan baharu dan juga bampar baharu.

Lampu hadapannya tampil lebih halus dan diletakkan bersebelahan dengan gril trapezoid. Model ini turut memiliki bukaan gril bawah yang kecil.

Garis bumbung kereta yang landai seperti mana model terkini masih dikekalkan, tetapi reka bentuk ini berakhir dengan sentuhan baharu di bahagian belakang. Bergerak ke sudut belakang, pelbagai bahagian telah diperbaharui misalnya lampu belakang yang memanjang ke arah garis tengah kereta di mana logo diletakkan. Di samping itu, lakaran ini turut mendedahkan reka bentuk bampar belakang baharu yang tidak ubah seperti yang terdapat pada Honda Civic terkini.

Dari segi trenkuasa, maklumat ini masih lagi tidak didedahkan, tetapi berdasarkan keluaran Accord semasa, ia menggunakan enjin empat silinder turbo 1.5L 192hp/143kW atau enjin 2.0L berpengecas turbo 252hp/187kW. Turut ditawarkan buat masa ini ialah Accord dengan kuasa hibrid yang menggabungkan enjin 2.0L bukan turbo dengan motor elektrik 212hp/158kW.
Maklumat mengenai Honda Accord 2024 yang terbongkar ini walau bagaimanapun tidak mendedahkan ruang kabin kereta. Tetapi kita boleh menjangkakan Honda turut akan memperbaharui ruangan dalam kereta sama seperti yang dilakukan pada bahagian luar, dengan bahasa rekaan yang sama selain lengkap dengan pelbagai teknologi terbaharu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu
Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.
11-03-2022
Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!
Kereta sedan segmen D, Honda Accord yang merupakan model generasi ke-10 kali ini tampil dengan penampilan baharu.
02-09-2021
Kereta Honda Accord | Lebih Pintar daripada apa yang anda jangkakan
Jenama Honda selain dari sedap dibawa, ia lebih pintar daripada apa yang anda jangkakan! Jom tengok review Honda Accord hari ni dengan Caricarz!
27-04-2021
Nak Selamat Daripada Covid? Beli Honda!
Semakin ramai pengeluar kereta muncul dengan idea-idea teknologi baharu bagi mengelakkan penyebaran virus ini.
05-04-2021
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



