ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kereta sedan segmen D, Honda Accord  yang merupakan model generasi ke-10  kali ini tampil dengan penampilan baharu.

Honda Accord serba baharu ini menawarkan dua varian iaitu Honda Accord 1.5 TC dan Honda Accord 1.5 TC-P.

Menyentuh mengenai perbezaan harga Honda Accord dengan pesaingnya, Honda Accord 1.5 ini dijual pada harga RM178,203 hingga RM187,390 manakala, Honda Accord 2.0 keluaran 2016 dijual pada  RM149,351.

 

Sementara itu, Toyota Camry 2.5 pula dijual RM188.763, Mazda 6 2.0 (RM168,459) dan VW Passat 2.0 TSI Elegant  (RM 182,878).

Mengenai prestasinya, Honda Accord yang seberat 1,494 kilogram dikuasakan dengan  enjin 1.5 liter VTEC Pengecas Turbo dan dipadankan dengan transmisi CVT.



Ini membuatkan jentera ini mampu menghamburkan 198 kuasa kuda pada takat 5,500 rpm dan tork 260 Nm @1,600 rpm hingga 5,000 rpm. Ia mampu  memecut dari 0 – 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 9.1 saat, kelajuan maksimumnya pula mencatatkan 190 km/j.

Bagaimanapun, penggunaan bahan api pastinya lebih baik dari enjin 2.4 L lama memandangkan kadar penggunaan rasmi petrol yang diberikan oleh Honda Malaysia ialah 15.9 km/l. 


Berbanding dengan keluaran terdahulunya, Honda Accord 2.0 yang seberat 1,530 kilogram (kg)  itu dipadankan dengan enjin  2.0 liter i-VTEC dimana enjin berkenaan digandingkan dengan  kotak gear Top Converter 5-kelajuan.

Oleh itu, ia mampu menghamburkan 153 kuasa kuda pada 6,5000 rpm dan tork 190 Nm pada 4,300 rpm. 

Untuk makluman anda, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam dalam 11.9 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 209 km/j dan kadar penggunaan petrol pula 13.2 km/l.



Beralih kepada pesaing pertamanya iaitu Toyota Camry yang seberat 1,550kg. Ia dipadankan dengan enjin 2.5L, 16 injap DOHC Dual VVTI ACIS dimana ia dipadankan dengan transmisi  6-kelajuan automatik dengan Super ECT dan Sequential Shifter.

Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa 135kW pada 6,000 rpm dan tork 235 Nm pada 4,100 rpm dimana kelajuan maksimumnya ialah 238 km/j.

Seteru keduanya ialah Mazda 6 yang merupakan kereta sedan segmen -D. 

Jentera seberat 1,393kg  yang dipadankan dengan enjin 2.0 L , DOHC 16 injap ini digandingkan dengan transmisi mod manual 6-kelajuan.




Maka, ia mampu menghamburkan kuasa 162 PS pada 6,000 rpm dan tork maksimum 213 Nm.

Menyentuh mengenai daya pecutannya, ia mampu memecut dari sifar ke 100 km/j hanya dalam 10.5 saat manakala kelajuan maksimumnya mampu mencecah 205 km/j. 

Bagaimanapun, ia mencatatkan penggunaan bahan api yang agak tinggi  iaitu 17 km/l berbanding empat pesaing itu tadi.

VW Passat 2.0 TSI Elegant yang seberat 1,455kg pula menggunakan kotak gear DSG 7-kelajuan.

Pesaing terakhir ini mampu menghasilkan kuasa 140kW pada putaran enjin 4,180 rpm hingga 6,000 rpm dan tork 320 Nm pada 1500 rpm ke 4,180 rpm. Seperti biasa ia juga mampu memecut dari 0-100 km/j  dalam masa 7.9 saat .

Penggunan bahan api pula mencatatkan sekitar 16.1 km/j.

Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai Honda Accord 1.5 yang baharu ini, anda sebenarnya boleh menonton  video panduan mengenai jentera ini di saluran Youtube dan halaman Facebook kami, CariCarz. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQE4208

SELANGOR

BSL463

JOHOR

JYN2499

PULAU PINANG

PRW7165

PERAK

APD4803

PAHANG

CFE4968

KEDAH

KGD4906

NEGERI SEMBILAN

NEH9577

KOTA KINABALU

SJP3650

KUCHING

QAB7785M

Terakhir Kemas Kini 20 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Global

19-12-2025
Berita Auto

19-12-2025
Global

16-12-2025
Teknologi

07-11-2025
EV

30-10-2025
EV

29-10-2025
Global

28-10-2025
Global

17-10-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.