- Berita
- Berita Auto
- Curi Data Sulit Apple Car, Sebelum Letak Jawatan Untuk Bekerja Di China, Jurutera Ditahan
Curi Data Sulit Apple Car, Sebelum Letak Jawatan Untuk Bekerja Di China, Jurutera Ditahan

Seorang bekas jurutera syarikat Apple yang pernah terlibat dalam projek pembangunan kereta autonomi membuat pengakuan telah mencuri data sulit syarikat sebelum mengambil tindakan berhenti daripada Apple untuk bekerja dengan syarikat negara China, XPeng.

Kereta keluaran XPeng
Zhang Xiaolang dilantik untuk bekerja di syarikat Apple pada tahun 2015 sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2018 dengan alasan untuk bekerja tidak jauh dari ibunya yang sakit. Namun, dia ditahan pihak berkuasa sebelum sempat menaiki penerbangan sehala ke negara China dalam tahun yang sama.
Jurutera kelahiran negara China itu telah memuat turun dokumen 25 halaman yang mengandungi maklumat sulit Apple termasuk lukisan yang menunjukkan papan litar kereta elektrik yang sedang dibangunkan Apple, kata pendakwa raya.

Zhang mengaku bersalah mencuri maklumat sulit berkenaan ketika perbicaraan kes tersebut di San Jose, California. Dia mungkin berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun serta denda USD 250,000 (RM 1.1 juta). Hukuman bakal dijatuhkan pada bulan November ini.
Sementara itu, XPeng mendakwa bahawa syarikat tersebut mengetahui mengenai kes tersebut daripada berita yang tersebar di media, namun tidak secara terperinci.
“Kami tiada sebarang kontroversi dengan Apple atau sebarang kaitan dengan kes ini,” kata pengeluar kereta China tersebut, lapor Bloomberg.
“XPeng mematuhi undang-undang termasuklah meletakkan kepentingan yang tinggi kepada perlindungan harta intelek,” tambahnya lagi.
Zhang bukanlah satu-satunya jurutera Apple yang pernah terbabit dalam kes pencurian data untuk disalurkan kepada pengeluar kereta negara China kerana pada tahun 2019, Jizhong Chen, juga bekas jurutera Apple, telah ditahan sebelum mengambil penerbangan ke China untuk bekerja dengan syarikat tempatan.
Pihak berkuasa yang melakukan penyelongkaran cakera kerasnya telah menemukan ribuan dokumen sulit Apple serta 100 keping gambar yang diambil dalam kilang pembangunan kereta elektrik Apple, lapor Bloomberg. Chen walau bagaimanapun, enggan membuat pengakuan dalam kes tersebut.
Baca: Ini Rupanya Perkembangan Terkini Apple Car
Baca: Apple Hasilkan Kereta Tanpa Tingkap, Penumpang Guna VR? Ini Perinciannya...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4976
SELANGOR
BSV1295
JOHOR
JH4296J
PULAU PINANG
PSH4118
PERAK
APM9627
PAHANG
CFJ4115
KEDAH
KGJ8212
NEGERI SEMBILAN
NEM5912
KOTA KINABALU
SJV1864
KUCHING
QAB219Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bilangan Pemandu Ditambah Bagi Melancarkan Proses Ujian Apple Car
Apple berhasrat untuk melancarkan kereta elektriknya, Apple Car menjelang tahun 2025.
04-01-2022
Orang Lain Boleh Akses Apple Car Tanpa Kunci? Ini Caranya!
Dari tahun 2014 lagi Apple telah menguar-uarkan usaha untuk membangunkan kereta mereka sendiri.
30-08-2021
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



