"Hasilkan EV Di Indonesia, Bukan Hanya Bateri," Jokowi Gesa Tesla
Sesi temu bual Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dengan Ketua Editor Bloomberg News, John Micklethwait (Foto: Muhammad Fadli/Bloomberg)
Pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla, digesa agar menghasilkan EV di Indonesia dan bukan hanya bateri, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memberitahu Ketua Editor Bloomberg News, John Micklethwait, dalam satu temu bual Khamis lalu.
“Apa yang kami mahukan ialah kereta elektrik, bukannya bateri. Untuk Tesla, kami mahu mereka membina kereta elektrik di Indonesia,” kata Jokowi.

Jokowi memberitahu, Indonesia inginkan “ekosistem besar kereta elektrik” dan bukannya dieksploitasi untuk mendapatkan sumber asli bagi menghasilkan bateri. Beliau mempunyai jangkaan yang sama terhadap Ford, Hyundai, Toyota dan Suzuki.
Baca: Jokowi Pelawa Tesla Untuk Melabur Dalam Sektor EV Secara Menyeluruh
Untuk merealisasikan visinya menjadikan Indonesia sebagai negara pengeluar EV, Jokowi turut mempertimbangkan untuk memperkenalkan cukai ke atas eksport nikel tahun ini bagi meningkatkan pendapatan negara. Cukai ini berkemungkinan akan mula dikenakan seawal suku ketiga tahun ini.
Menteri Kanan Indonesia, Luhut Pandjaitan berkata, awal bulan ini, Tesla dan Indonesia telah mencapai perjanjian bernilai AS$5 bilion untuk pembelian nikel daripada syarikat pemprosesan nikel di Pulau Sulawesi. Nikel yang dibeli ini bakal digunakan dalam penghasilan bateri litium EV Tesla.
Rancangan Indonesia untuk mengenakan cukai ke atas nikel yang dieksport ke luar negara menyebabkan kenaikan harga bahan asli ini pada Jumaat lalu.
Walaupun tindakan ini mungkin mengganggu prestasi jualan buat jangka masa pendek, Jokowi melihat pengenalan cukai ini dapat memberi manfaat yang besar pada masa akan datang.
Mei lalu, Jokowi telah menjemput Elon untuk melawat Indonesia bulan November nanti semasa negara tersebut menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Pemimpin bagi Kumpulan 20 Ekonomi Utama (G20).
Pertemuan antara Perdana Menteri Indonesia, Jokowi, dan CEO Tesla, Elon Musk pada 14 Mei, 2022 lalu
Sebelum ini, kerajaan Indonesia telah mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama dengan pasukan Elon termasuklah untuk mendirikan tapak pelancaran roket SpaceX di negara itu, namun masih belum mencapai sebarang persetujuan bersama.
Sumber: Bloomberg Sumber 1, The Star, Bloomberg Sumber 2
Baca: Jokowi Pelawa Tesla Untuk Melabur Dalam Sektor EV Secara Menyeluruh
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


