Lemon Law Elak Penipuan Pembelian Kenderaan Terpakai

Dalam lapan bulan ini sahaja, Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) merekodkan 1,126 kes penipuan berkaitan jual beli kenderaan terpakai.
Untuk itu, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan Lemon Law.
Tahukah anda mengenai Lemon Law?
Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi produk pengguna yang mempunyai jangka hayat melebihi enam bulan seperti kenderaan, bagi menangani isu kerosakan sedia ada serta kemungkinan berlakunya kemalangan dan menanggung kerugian akibat daripada kerosakan tersebut.

Foto Kredit: Qoala
Ini bermakna, pengguna mempunyai pilihan untuk meminta pembaikan atau penggantian, dan jika itu tidak mungkin, minta pengurangan harga, atau bahkan bayaran balik.
Apa yang menyedihkan, undang-undang ini belum ada di Malaysia.
Jadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sudah membincangkan mengenai Lemon Law.
“Buat masa ini, kami sedang mengumpulkan input daripada pemain industri kereta terpakai,” katanya ringkas.

ALEXANDER
Jika dibandingkan Lemon Law di Singapura, pengguna boleh:
• Boleh membuat tuntutan produk yang rosak (yang dibeli dalam tempoh 6 bulan).
• Penjual produk perlu baiki, gantikan, bayar balik atau mengurangkan harga produk yang rosak
• Pastikan produk yang rosak dibaiki/diganti dalam tempoh masa yang ditetapkan tetapi kos ditanggung penjual.
• Harga dikurangkan jika penjual gagal untuk membaikinya.
Bagi penulis, kerajaan perlu memperkenalkan Lemon Law untuk memastikan penjual kereta terpakai bertanggungjawab bagi kerosakan produk mereka.
Apa pula pandangan anda? Adakah kita perlukan “Lemon Law” di Malaysia?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU6994
SELANGOR
BSU5161
JOHOR
JG1390J
PULAU PINANG
PSG5987
PERAK
APM3957
PAHANG
CFJ1762
KEDAH
KGJ5290
NEGERI SEMBILAN
NEM3477
KOTA KINABALU
SJU6302
KUCHING
QAB7870P
Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Malaysia Catat Sejarah: RoboVan Tanpa Pemandu Bakal Diguna
Van Logistik Tanpa Pemandu Pertama Bakal Diguna Di Malaysia.
20-10-2026
Heritage Motor Exchange Asia 2026: 50 Kereta Klasik Dipamer
Heritage Motor Exchange Asia 2026: Tarikh, Tiket & Kategori Kereta.
20-10-2026
Ada Berita Baik, Diskaun Tiket ECRL 30% Bulan Pertama Operasi Disember Ini
ECRL Mula Operasi Disember: Nikmati Diskaun Tiket 30%.
20-10-2026
Mercedes Mahu F1 Sepang Kembali — Ini Respon Pakar Lampu Pula
F1 Sepang: Bakal Kembali Ke Sepang Dengan Perlumbaan Malam?
20-10-2026
Isuzu D-Max 2.2L Rentas Sabah Sarawak Cuma 1 Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-MAX 2.2L Bukti Penjimatan Luar Biasa
19-10-2026
Anak Beranak Maut Dihempap Kontena
Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena.
19-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
