Lemon Law Elak Penipuan Pembelian Kenderaan Terpakai

Dalam lapan bulan ini sahaja, Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) merekodkan 1,126 kes penipuan berkaitan jual beli kenderaan terpakai.
Untuk itu, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan Lemon Law.
Tahukah anda mengenai Lemon Law?
Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi produk pengguna yang mempunyai jangka hayat melebihi enam bulan seperti kenderaan, bagi menangani isu kerosakan sedia ada serta kemungkinan berlakunya kemalangan dan menanggung kerugian akibat daripada kerosakan tersebut.

Foto Kredit: Qoala
Ini bermakna, pengguna mempunyai pilihan untuk meminta pembaikan atau penggantian, dan jika itu tidak mungkin, minta pengurangan harga, atau bahkan bayaran balik.
Apa yang menyedihkan, undang-undang ini belum ada di Malaysia.
Jadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sudah membincangkan mengenai Lemon Law.
“Buat masa ini, kami sedang mengumpulkan input daripada pemain industri kereta terpakai,” katanya ringkas.

ALEXANDER
Jika dibandingkan Lemon Law di Singapura, pengguna boleh:
• Boleh membuat tuntutan produk yang rosak (yang dibeli dalam tempoh 6 bulan).
• Penjual produk perlu baiki, gantikan, bayar balik atau mengurangkan harga produk yang rosak
• Pastikan produk yang rosak dibaiki/diganti dalam tempoh masa yang ditetapkan tetapi kos ditanggung penjual.
• Harga dikurangkan jika penjual gagal untuk membaikinya.
Bagi penulis, kerajaan perlu memperkenalkan Lemon Law untuk memastikan penjual kereta terpakai bertanggungjawab bagi kerosakan produk mereka.
Apa pula pandangan anda? Adakah kita perlukan “Lemon Law” di Malaysia?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
