Tesla Dituduh Kelirukan Orang Ramai Dengan Iklan Ciri Autopilot Kereta Yang Salah
![]()
Ciri autopilot Tesla (Foto: Time)
California Department of Motor Vehicles (DMV) memfailkan aduan pada 28 Julai baru-baru ini kerana informasi tidak tepat yang dinyatakan Tesla mengenai ciri autopilot dan pandu-kendiri keretanya.
Ilustrasi kemampuan pandu-kendiri Tesla (Foto: Tesla)
Syarikat kereta elektrik milik Elon Musk ini didakwa telah memperdaya orang ramai apabila menyatakan bahawa ciri tersebut memberikan kereta "kemampuan kawalan secara autonomi."
Kenyataan berkenaan dikatakan telah digunakan sebagai bahan pemasaran dalam laman web rasmi syarikat sekurang-kurangnya pada lima tarikh berbeza antara bulan Mei 2021 hingga bulan Julai 2022.
Mereka memasukkan penerangan untuk fungsi autopilot dan kemampuan pandu-kendiri sepenuhnya atau full self-driving capability dengan perkataan seperti “Anda hanya perlu menaiki [kereta] dan memberitahu kereta destinasi yang ingin dituju… Tesla milik anda akan mencari laluan terbaik, melakukan navigasi laluan urban, persimpangan kompleks dan lebuh raya.”

Ilustrasi kemampuan pandu-kendiri Tesla (Foto: Tesla)
Perkara lain yang mengelirukan orang ramai ialah penggunaan ayat “Sistem ini direka untuk membolehkan perjalanan singkat dan jauh dilakukan tanpa sebarang tindakan daripada individu yang berada di tempat pemandu.”
“Iklan ini merupakan satu tindakan memperdaya,” bawah kod sivil California, ujar DMV dalam aduan yang dibuat.
Tesla telah menerbitkan penafian atau disclaimer pada bulan Jun lalu yang mengingatkan orang ramai bahawa ciri-ciri itu masih memerlukan penyeliaan pemandu yang aktif, dan ini sebenarnya merupakan pencaggahan yang jelas daripada ayat iklan yang digunakan.
Tindakan Tesla boleh mengakibatkan syarikatnya kehilangan lesen pengeluaran dan nombor plat khas California buat sementara waktu.
Ilustrasi kemampuan pandu-kendiri Tesla (Foto: Tesla)
Data yang dikeluarkan pada bulan Jun lalu oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) mendedahkan sejumlah 273 kemalangan berlaku dalam tempoh sembilan bulan lalu adalah melibatkan teknologi bantuan pemandu Tesla, disebabkan oleh sama ada perisian "pandu-kendiri sepenuhnya" atau Tesla Autopilot.
Hasil kajian NHTSA mendapati, 43% daripada 497 kemalangan di California yang dikaji adalah membabitkan isu teknologi pandu-kendiri.
Ciri autopilot Tesla didatangkan secara standard dalam kesemua kenderaan, menjadikannya sistem autopilot yang paling banyak digunakan dalam industri.
Baca: Tesla Gunakan Platform Steam Untuk Permainan Video Dalam Kereta, Integrasi Hampir Jadi Realiti
Baca: Syarikat EV China, BYD Berjaya Mengalahkan Tesla Dengan Jualan EV Tertinggi Dunia
Sumber: CNN
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



