ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Rasmi EV Mercedes-Benz, EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Diumumkan, Dari RM328K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan harga bagi dua model baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV) mewah bawah sub jenama Mercedes-EQ,  EQB 350 4Matic dan EQC 400 4Matic. SUV elektrik ini masing-masing ditawarkan pada harga RM328,888 dan RM388,888. 


EQB 350 4MATIC DAN EQC 400 4MATIC: PERTAMA KALI DIPERTONTONKAN


Dipertontonkan buat pertama kali pada bulan Julai lalu bersama dengan pelancaran Mercedes-Benz EQS 450+ (dijual pada harga RM698,888.00). Kedua-dua model yang baru diumumkan harganya ini, ketika majlis pelancaran tersebut MBM meletakkan anggaran bagi EQB 350 4Matic dan EQC 400 4Matic anatara RM330,000 ke RM390,000. Nampaknya, harga rasmi yang diumumkan tidak terlalu jauh dari anggaran.


EQB 350 4MATIC: PERINCIAN MODEL




EQB 350 4MATIC ialah SUV kompak elektrik penuh dengan 7 tempat duduk. Model ini praktikal untuk kegunaan keluarga besar. Ia dijual pada harga RM328,888. 


Model ini digerakkan oleh dua motor elektrik (satu di setiap gandar) yang dikuasakan oleh pek bateri 66.5 kWh dengan output gabungan 292hp/520Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC. 




Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 160 km/j. Kereta mampu mencapai jarak perjalanan antara 388-423 km (kitaran WLTP). 


EQC 400 4MATIC: PERINCIAN MODEL




EQC 400 4MATIC yang dijual pada harga RM388,888 ini digerakkan oleh dua motor elektrik (satu di setiap gandar) yang dikuasakan oleh pek bateri 80.0 kWh dengan output gabungan 408hp/760Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC. 




Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. Kereta mampu mencapai jarak perjalanan antara 373-437 km (kitaran WLTP). 


EQB350 4MATIC DAN EQC400 4MATIC: PERINCIAN HARGA


Seperti yang dinyatakan, EQB 350 4Matic ditawarkan pada harga RM328,888, manakala EQC 400 4Matic pula pada RM388,888. 


Harga yang dinyatakan ialah harga atas jalan tanpa insurans, termasuk cukai jualan. Pembelian mendapat manfaat daripada insentif EV kerajaan yang meliputi pengecualian import, eksais dan cukai jalan, sehingga 31 Disember 2023.


Baca: Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi


Baca: Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY352

SELANGOR

BSU9632

JOHOR

JH2571J

PULAU PINANG

PSH3441

PERAK

APM8489

PAHANG

CFJ3812

KEDAH

KGJ7704

NEGERI SEMBILAN

NEM5592

KOTA KINABALU

SJV1353

KUCHING

QAB9780P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-09-2022
Kereta Baru

23-07-2022
Kereta Baru

23-07-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.