ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON mengesahkan  bakal melancarkan dua model baharu sebelum penghujung 2026, dengan model Proton Saga Cross berkod AMA02 diletakkan sebagai SUV kompak paling mampu milik untuk mencabar pasaran tempatan.

Pencapaian Cemerlang Jualan Proton Q3 2026

PROTON mencatatkan sejarah baharu apabila berjaya melepasi jumlah jualan keseluruhan tahun 2025 dalam tempoh hanya sembilan bulan. Dengan rekod 60,540 unit terjual, suku ketiga (Q3) ini menjadi pencapaian terbaik sejak tahun 2009 hasil kerjasama erat bersama Geely.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa mengesahkan momentum ini akan diteruskan. Syarikat dijadualkan melancarkan sekurang-kurangnya dua model baharu sebelum tirai 2026 melabuhkan tirainya.

“Walaupun kejayaan semasa yang kami kecapi amat membanggakan, PROTON tidak akan memperlahankan momentum dalam memperkenalkan model baharu, melaksanakan pelaburan infrastruktur serta menggerakkan inisiatif yang berfokuskan pelanggan.

"Kami masih mempunyai sekurang-kurangnya dua lagi pelancaran yang dijadualkan sebelum akhir tahun ini, manakala perniagaan eksport kami menyasarkan pertumbuhan jualan yang lebih tinggi bagi kenderaan berjenama Proton dan Geely yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran antarabangsa,” katanya.


 Proton Saga Cross? (Platform AMA02)

Screenshot-2026-10-07-144723.png

Tular imej intipan baru-baru ini mendedahkan kehadiran sebuah model crossover kompak yang dijangka dinamakan sebagai Proton Saga Cross. Membawa nama kod dalaman AMA02, kenderaan ini dibangunkan di atas pelantar modular baharu yang dikongsi bersama model sedan Saga.

Strategi platform AMA ini membolehkan pihak pengeluar mengurangkan kos pembangunan secara efektif. Ini sekaligus mempercepatkan kemasukan model baharu ke pasaran dengan tanda harga yang lebih kompetitif.

Bersaing Menentang Perodua Ativa dan Honda WR-V

Kedudukan Proton Saga Cross dijangka berada di bawah model popular Proton X50. Model ini bakal mengisi kekosongan dalam segmen A SUV kompak, memberikan saingan sengit kepada pencabar sedia ada seperti Perodua Ativa, Honda WR-V, dan Chery Tiggo Cross.

Bagi varian asas, kenderaan ini diramal menggunakan enjin 1.5L aspirasi semula jadi yang menghasilkan 120 PS dan 150 Nm tork. Gandingan kotak gear automatik empat kelajuan Aisin atau transmisi CVT daripada Punch dijangka menawarkan kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak.

Potensi Varian Hibrid (HEV) dan Jangkaan Pelancaran

Spekulasi mengenai varian Hybrid Electric Vehicle (HEV) semakin bertiup kencang susulan pameran teknologi hibrid Proton di KLIMS 2026. Sistem rangkaian kuasa yang dikaitkan dengan teknologi mirip Proton e.MAS 7 PHEV ini berpotensi diperkenalkan pada masa hadapan.

Walaupun harga rasmi, dimensi ruang, dan spesifikasi keselamatan belum diumumkan secara terperinci, kehadiran model ini dijangka meriahkan pasaran automotif tempatan menjelang hujung tahun 2026.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA4340

SELANGOR

BSV2803

JOHOR

JH7397J

PULAU PINANG

PSH5312

PERAK

APN2014

PAHANG

CFJ4592

KEDAH

KGJ9043

NEGERI SEMBILAN

NEM6513

KOTA KINABALU

SJV2879

KUCHING

QAB643Q

Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto
Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Ada desas-desus mengatakan bahawa Proton Saga Cross bakal tiba.

22-04-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
Berapa Harga GWM ORA 5 Hi2 HEV

Berapa Harga GWM ORA 5 Hi2 HEV

GWM ORA 5 Hi2 HEV Dilancarkan, Harga RM106,800.

19-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?

Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?

Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km

19-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?

Berapa Harga Toyota Yaris 2027?

Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.

16-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Proton Masih Belum Dedahkan Harga Proton S70 RS Sport.

16-11-2026
Kereta Baru
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.

11-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.