Minyak Tumpah, Bahana Menimpa Kira-Kira 20 Pengguna Jalan Ini

Tumpahan minyak menyebabkan banyak kenderaan hilang kawalan (Foto: Adam Wong Jr.)
Tumpahan minyak di jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu menyebabkan sekurang-kurangnya lima kenderaan terbabit dalam kemalangan.
Tumpahan minyak menyebabkan banyak kenderaan hilang kawalan (Foto: Adam Wong Jr.)
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, setakat 4 petang semalam, pihak polis telah menerima sebanyak lima laporan daripada orang ramai yang menjadi mangsa jalan licin di Kilometer 69 hingga 71.
Tumpahan minyak menyebabkan banyak kenderaan hilang kawalan (Foto: Adam Wong Jr.)
Kenderaan yang menggunakan jalan terbabit hilang kawalan kerana tumpahan minyak diesel daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berwarna hitam.
Tumpahan minyak menyebabkan banyak kenderaan hilang kawalan (Foto: Adam Wong Jr.)
"Kenderaan itu dikatakan membuat pengisian minyak dalam tong yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan di sebuah stesen minyak di Bandar Permaisuri sebelum kenderaan itu bergerak menghala ke arah Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
"Polis percaya masih terdapat mangsa kemalangan yang masih belum tampil membuat laporan polis,” tambahnya.
Ada Kereta Yang Terbalik
Tambah Afandi, permukaan jalan yang licin kerana tumpahan minyak itu bukan hanya menyebabkan banyak kereta terbabas, tetapi ada juga yang gagal dikawal sehingga terbalik.
"Susulan kejadian itu, polis dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas dan membersihkan tumpahan tersebut sebelum kerja membersihkan jalan tamat jam 12.14 tengah hari tadi," katanya.

Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak oleh pihak bomba (Foto: Adam Wong Jr.)
Terkini, pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik kenderaan yang menjadi punca kejadian.
Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak oleh pihak bomba (Foto: Adam Wong Jr.)
Bernama melaporkan, jumlah sebenar kenderaan yang terlibat ialah kira-kira 20 buah termasuk pengguna motosikal, namun masih ada yang belum membuat laporan polis.
Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Antara kenderaan yang terbabas (Foto: Adam Wong Jr.)
Walaupun banyak kenderaan menjadi mangsa laluan licin ini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan parah yang dilaporkan berlaku.
Sumber: Bernama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5240
SELANGOR
BSU6024
JOHOR
JG3653J
PULAU PINANG
PSG7516
PERAK
APM4761
PAHANG
CFJ2257
KEDAH
KGJ5767
NEGERI SEMBILAN
NEM3903
KOTA KINABALU
SJU6851
KUCHING
QAB8253P
Terakhir Kemas Kini 25 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

