- Berita
- Berita Auto
- [VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van yang sedang membuat pusingan U.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, kejadian yang berlaku pada jam 2.55 petang di Lebuhraya Senai-Desaru itu membabitkan Honda HRV yang dipandu oleh seorang wanita yang berusia 29 tahun serta van Ford Econovan yang dipandu seorang warga Myanmar berusia 33 tahun.
Pemandu van tersebut dipercayai melakukan pusingan U secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pemandu kereta yang bergerak dari Senai ke Desaru tidak sempat untuk mengelak.
“Pemandu van berusia 33 tahun itu yang selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut telah membuat pusingan U kerana hendak bergerak ke Kilometer 60 Lebuhraya Senai-Desaru untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.


Foto: Puan Ezatul Eirwana
“Akibat dari kemalangan tersebut, kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan kenderaan, manakala van mengalami kerosakan pada bahagian kiri kenderaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan di mulut dan lebam di kedua-dua tangan, sementara anaknya yang berusia dua tahun mengalami calar di pipi, dahi dan lebam di mata sebelah kiri.
Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan. Hussin berkata, keterangan daripada pemandu van terbabit telah diambil dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59).
“Saman telah dikeluarkan ke atas pemandu van terbabit kerana tidak mempunyai lesen memandu,” ujarnya.
Puan Ezatul Eirwana, pemandu kereta yang menjadi mangsa kejadian ini berkongsi pengalamannya di Facebook:

Walau bagaimana berhemah sekalipun kita memandu, namun disebabkan kecuaian orang lain, orang lain yang menjadi mangsa. Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbabas Ke Dalam Parit – Ibu, Bayi Maut
Seorang ibu dan bayi lemas selepas terbabit dalam satu kemalangan.
13-07-2022
Ibu, Anak Maut, Kereta Terlanggar Batu Konkrit Di Bahu Jalan
Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas.
16-11-2021
Ibu Maut, Anak Parah Dirempuh Hilux Laju Melanggar Lampu Merah
Seorang wanita maut manakala anaknya pula mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh Toyota Hilux.
26-04-2021
GTR Eksiden Sampai Remuk Tapi Pemiliknya Lari Naik Kereta Lain, Dah Kenapa?
Seorang pemandu Nissan GTR bertindak melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan.
06-05-2021
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


