ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahniah PROTON, Catat Jualan 100,000 Unit Untuk Empat Tahun Berturut-Turut

Suhana Veru

Kongsi melalui


Tahniah diucapkan kepada pengeluar kereta nasional, PROTON kerana mengakhiri suku ketiga tahun 2022 dengan mencacatkan jualan melebihi 100,000 unit kenderaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, prestasi suku ketiga PROTON adalah suku terbaik bagi tahun ini.


ROSLAN

“Pencapaian ini adalah hasil gabungan kestabilan dalam pengeluaran serta daya tarikan berterusan model kami, terutamanya Proton Saga 2022 dan Proton X50. 

"Oleh itu, walaupun permulaan tahun ini agak menyusut, kami yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan dua digit bagi tahun keempat berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, PROTON merekodkan jualan sebanyak 14,872 unit (domestik + eksport) pada bulan lepas manakala, jumlah jualan terkumpul pula (YTD) sebanyak 102,353 unit iaitu terdapat penambahan sebanyak 40.2% berbanding sembilan bulan pertama pada tahun 2021.

Ini bermakna,  ia merupakan tahun keempat berturut-turut, pihak PROTON berjaya mencapai sasaran jualan melebihi 100,000 iaitu dua bulan lebih awal daripada tahun 2021.

Menyentuh dari segi pretasi jualan kenderaan pesaingnya, PROTON kekal di tempat kedua dalam jadual jualan dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.8% untuk bulan September. 

Untuk makluman anda, angka pegangan pasaran YTD telah melebihi 20% buat kali pertama tahun ini dan kini berada pada 20.1%. 

PROTON SAGA, X50 LARIS

Di sebalik jualan yang semakin meningkat, kita sedia maklum mengenai masalah kekurangan cip mikro global namun ia tidak menjadi penghalang buat PROTON untuk menyerahkan lebih banyak unit kepada pelanggan yang menunggu.

Perkara ini terbukti apabila PROTON dikatakan sudah menyerahkan 4,517 unit X50 kepada pemiliknya  pada bulan lepas.

Dalam perkembangan sama, lebih 4,000 unit telah diserahkan selama empat bulan berturut-turut dan ini menyumbang kepada jumlah terkumpul YTD sebanyak 29,591.


PROTON SAGA

Proton Saga juga mencatatkan nombor yang cukup mengagumkan. Biarpun, penyerahan unit hanya 76 unit pada bulan Januari lalu namun  model popular itu menetapkan paras tertinggi baharu untuk tahun 2022 dengan 6,442 unit.

Jualan terbaharu itu  mencapai jumlah yang tidak pernah dicapai sejak bulan Oktober 2013. Jumlah YTD sebanyak 40,603 unit juga jauh di hadapan berbanding tahun 2021, menunjukkan peningkatan sebanyak 49.3% dan buktikan ia kekal sebagai pilihan relevan untuk semua pelanggan PROTON.


PROTON X70

Bagaimanapun, model lain juga turut menunjukkan prestasi yang sama baik pada bulan September misalnya, Proton X70 terus menerajui pasaran SUV segmen C dan dengan 1,730 unit diserahkan, 

Proton Exora juga terus menunjukkan popularitinya walaupun terdapat pelancaran MPV pesaing yang lebih baharu. 

Sebanyak 418 unit Exora telah diserahkan bulan lepas, dan setakat tahun ini, sebanyak 3,108 unit telah diserahkan kepada pemiliknya, 

Proton Persona mencatatkan 1,159 unit, manakala Proton Iriz mencatatkan 606 unit pada bulan September.

Jualan kedua-dua model ini dilihat merosot 2.3% dan 13.2% masing-masing dengan jumlah 10,787 dan 4,119 unit YTD.

Sebaliknya, pasaran automotif  dijangkakan pulih pada suku terakhir tahun kerana bekalan cip dan pengeluaran akan stabil.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-06-2022
Berita Auto
Mengapakah Penapis Kabin Penting? Inilah Sebabnya!

Mengapakah Penapis Kabin Penting? Inilah Sebabnya!

Proton tawar N95 untuk semua keluaran modelnya.

21-01-2022
Berita Auto

23-12-2022
Berita Auto

05-10-2022
Berita Auto

03-08-2022
Berita Auto

05-10-2022
Berita Auto

02-09-2022
Berita Auto

17-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto
Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto
JPJ Cipta Sejarah

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.