Atto 3, Satu Lagi EV Mampu Milik Dilancar, Harga Dari RM147,800

Sime Darby Motors, pengedar rasmi bagi kenderaan BYD di Malaysia akhirnya melancarkan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya, BYD Atto 3 dalam satu acara yang diadakan di ibu negara pagi tadi.
Ia merupakan kenderaan utiliti sukan yang pertama dibina berasaskan e-platform 3.0 terkini. Untuk info anda, BYD bekerjasama dengan Sime Darby Motors untuk membawa masuk model BYD Atto 3 ke Malaysia.
Kenderaan ini direka khas sebagai kenderaan elektrik berprestasi tinggi dengan tahap kepintaran, kecekapan, dan keselamatan yang tiada tolok tandingan.
Pengarah Urusan Sime Darby Motors , Andrew Basham berkata, pihaknya berhasrat untuk menerajui segmen EV.
“Kami teruja untuk membuka lembaran baharu ini bersama BYD, susulan kejayaan kami di Singapura.
“Dengan setengah bilion ringgit yang akan dilaburkan ke arah rancangan perkembangan untuk jenama di sini, ia mencerminkan kepercayaan kami terhadap tarikan universal jenama itu,” katanya.
-full.jpg)
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Sedikit maklumat mengenai Atto 3, Atto 3 hadir dalam dua varian, iaitu 'Standard' dan 'Extended'.
• Pilihan Standard (RM149,800)
• Pilihan Lanjutan (Extended) (RM167,800)
Atto 3 boleh dicas dengan menggunakan pengecasan AC (Type 2) sehingga 7 kW dan juga pengecasan pantas DC (CCS2), dengan kadar maksimum antara 70 kW atau 80 kW, manakala kadar pengecasan 0-80% , hanya dalam masa 45 minit.
Varian Standard menghamburkan kuasa sehingga 150 hp dan tork 310 Nm, manakalan Extended, 203hp@310Nm.

Varian Standard dipadankan dengan pek bateri 49.91 kWh yang menawarkan jarak sehingga 410 kilometer mengikut kitaran WLTP.
Beralih kepada varian tertinggi, Extended, ia dilengkapi dengan pek bateri yang lebih besar iaitu 60.48 kWh.
Maka tidak hairanlah, mengapa ia mampu melakukan perjalanan sejauh 480km namun tetap berkongsi daya kilas sama dengan varian Standard.
Bagaimanapun, tiada banyak yang membezakan kedua-dua varian ini kerana Standard didatangkan dengan rim aloi 17 inci manakala Extended 18 inci.

Menjengah bahagian luarannya, ia dipadankan dengan lampu LED nipis dengan fungsi “Follow Me Home” serta lampu depan adaptif, manakala rekaan dalamannya agak canggih kerana ada skrin pintar bersaiz 12.8 inci yang boleh pusing.

-full.jpg)
Fuh, hebat. Penulis cukup tertarik dengan bamparnya kerana ia agak sporty menyebabkan ia kelihatan begitu ghairah.

Sementara itu, keluasan ruang butnya pula sekitar 440 liter namun boleh menjadi lebih luas iaitu 1,340 liter jika kerusi belakang direbahkan.
Seperti EV lain, ia juga mempunyai sambungan Apple CarPlay dan Android Auto sambungan tanpa wayar.

Bagi varian tertinggi itu, ia didatangkan dengan bumbung panorama, bumbung rel, 8 speaker, pintu belakang berkuasa termasuk pad pengecas wayarles.

-full.jpg)
Dari segi ciri keselamatan pula ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti:
• 6 sensor parkir
• 7 beg udara
• Sistem pengesan tekanan tayar
• Sistem Brek Anti Kunci
• Sistem kawalan cengkaman
• Amaran perlanggaran belakang (RCW)
• Pengesan titik buta (BSD)
• Amaran buka pintu (DOW)
• Amaran lintasan trafik di belakang
• Agihan Brek Elektronik
• Kawalan menuruni curam
• Kawalan melayar adaptif kelajuan penuh dengan Stop & Go
• Brek kecemasan autonomous (AEB)
Mengenai warnanya pula, ia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Ski White, Boulder Grey, Forest Green, Parkour Red dan Surf Blue.

Lebih menarik, jentera ini hadir dengan dengan jaminan selama enam tahun atau 150,000 km, dengan jaminan bateri pula selama lapan tahun atau 160,000 kilometer.
Adakah Atto 3 ini akan menjadi EV terbaik di bawah RM200 ribu di Malaysia? Apa pula kata anda?
Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


