Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Memasang pengecas kenderaan elektrik (EV) di rumah kedengaran seperti satu urusan yang cukup mudah. Mungkin bagi sesetengah orang, beli pengecas wallbox, lantik kontraktor dan semuanya selesai. Betul?
Hakikatnya, ia bukan semudah itu terutama bagi penduduk di Selayang.
Ia susulan satu senarai semak rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang mana ia memperincikan proses permohonan permit yang melibatkan Orang Utama Yang Mengemukakan (Principal Submitting Person atau PSP), pelan bangunan serta beberapa dokumen sokongan.
Bagi yang tidak tahu PSP adalah individu yang berkelayakan dan berdaftar secara profesional (seperti Arkitek Profesional, Jurutera Profesional, atau Pelan Building Designer yang diiktiraf) untuk mengemukakan pelan bangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Lebih menarik, contoh yang diberikan oleh pihak majlis itu hanya melibatkan pemasangan SATU unit pengecas AC di sebuah rumah teres dua tingkat.
Adakah Permit Pengecas EV Selayang Terpakai Untuk Rumah Landed?

Senarai semak JB-B11 MPS yang dikemas kini pada 28 April 2026 menggariskan prosedur permit kerja kecil bagi petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) jenis AC. Contoh kediaman dalam dokumen itu mengesahkan bahawa pemasangan di rumah landed berada di bawah proses permohonan yang disiarkan itu.
Bagaimanapun, dokumen itu tidak menjelaskan secara khusus sama ada setiap pemasangan wallbox persendirian di rumah wajib mendapatkan kelulusan tanpa sebarang pengecualian.
Apakah Dokumen Yang Diperlukan Pemilik Rumah?

Di sinilah urusan dokumentasi menjadi lebih rumit.
Senarai semak MPS menetapkan bahawa permohonan perlu dikemukakan oleh PSP berdaftar, yang boleh terdiri daripada arkitek atau jurutera dengan pendaftaran profesional yang bersesuaian.
Permohonan tersebut juga perlu disertakan dengan pelan bangunan, rekod hartanah serta dokumen teknikal berkaitan.
Dokumen tepat yang diperlukan mungkin berbeza bergantung pada jenis hartanah dan keadaan pemasangan.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah gambar tapak yang dikemukakan mestilah tidak melebihi tujuh hari dari tarikh permohonan dibuat.
Berapakah Kos Permit Pengecas EV Rumah Di Selayang?

Menurut senarai semak rasmi MPS, berikut ialah caj yang dikeluarkan bagi prosedur permohonan khusus ini:

Butiran caj mengikut senarai semak rasmi MPS.
Walaupun senarai semak tersebut menetapkan penglibatan PSP, ia tidak menyatakan kadar bayaran perkhidmatan profesional yang dikenakan oleh pihak berkenaan.
Jadi, jumlah RM105 bukanlah kos keseluruhan untuk memasang pengecas EV di rumah.
Selain itu, caj permit pihak berkuasa tempatan mungkin berbeza mengikut kawasan pentadbiran dan jenis permohonan. Justeru, angka RM105 ini tidak boleh dianggap sebagai kadar permit yang diguna pakai di seluruh negara.
Mungkinkah Kos Sebenar Jauh Lebih Tinggi?
Walaupun jumlah caj yang diterbitkan oleh MPS hanya RM105, kos keseluruhan pemasangan pengecas EV di rumah berpotensi menjadi jauh lebih tinggi apabila mengambil kira kos pemasangan dan khidmat profesional untuk menguruskan permohonan.
Berdasarkan anggaran kos yang dikongsikan kepada Carz, pemasangan pengecas EV dengan jarak kabel sepanjang 10 meter boleh menelan belanja antara RM1,500 hingga RM1,900.
Sementara itu, kos melantik Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP) untuk menguruskan keseluruhan proses permohonan dari awal hingga selesai dianggarkan antara RM12,000 hingga RM20,000, dengan bayaran permulaan yang disebut bermula daripada RM12,000.
Berdasarkan anggaran tersebut, berikut ialah gambaran bagaimana jumlah kos berpotensi terkumpul:
| Perkara / Keterangan | Anggaran Kos (RM) |
Pemasangan pengecas EV Berdasarkan pemasangan sepanjang 10 meter | RM1,500 - RM1,900 |
Pelantikan PSP dan bantuan penyerahan Anggaran fi perkhidmatan profesional, dengan RM12,000 sebagai jumlah permulaan yang sebut harga | RM12,000 - RM20,000 |
Caj diterbitkan MPS JB-B11 RM100 pemprosesan + RM5 pelekat | RM105 |
Anggaran Jumlah Keseluruhan | RM13,605 - RM22,005 |
Anggaran kos berdasarkan maklumat yang dikongsikan kepada Carz
Bagaimanapun, anggaran bayaran PSP tersebut bukanlah caj yang ditetapkan oleh pihak majlis.
Ia merupakan bayaran bagi khidmat profesional untuk membantu menguruskan proses permohonan, manakala RM105 pula akan diambil oleh MPS untuk urusan pemperosesan dan pelekat.
Kos sebenar bergantung pada jenis hartanah, keperluan pemasangan serta skop perkhidmatan profesional yang diperlukan.
Oleh itu, pemilik rumah disarankan mendapatkan sebut harga terlebih dahulu dan mengesahkan keperluan berkaitan dengan MPS sebelum meneruskan pemasangan.
Bagaimana Pula Dengan Aspek Keselamatan Pengecas EV?
Berdasarkan senarai MPS itu, terdapat beberapa aspek berkaitan penempatan petak pengecasan, keselamatan kebakaran dan pengasingan bekalan elektrik.
Bagaimanapun, terdapat beberapa peruntukan yang ditandakan secara khusus untuk pemasangan bagi kegunaan awam atau premis bukan kediaman. Pada masa sama, pemakaian sebahagian syarat lain terhadap kediaman persendirian masih belum diterangkan sepenuhnya.
Sementara itu, garis panduan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS) secara berasingan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga turut menetapkan aspek keselamatan elektrik dan keperluan pemasangan.
Perlu diingat bahawa garis panduan Suruhanjaya Tenaga ini merupakan perkara yang berbeza daripada proses mendapatkan permit bangunan melalui MPS.
Apa Yang Perlu Dilakukan Pemilik Rumah Di Selayang Sebelum Memasang Pengecas EV?
Sebelum membuat pemasangan pengecas EV di rumah dalam kawasan pentadbiran MPS, pemilik kediaman disarankan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu mengenai beberapa perkara penting.
Antaranya termasuk sama ada prosedur JB-B11 terpakai kepada hartanah mereka, dokumen yang perlu disediakan serta sama ada khidmat PSP diperlukan untuk mengemukakan permohonan.
Memandangkan terdapat kemungkinan perbezaan kos yang ketara antara caj rasmi pihak majlis dengan bayaran perkhidmatan profesional, pemilik rumah juga wajar meminta pecahan kos yang jelas sebelum bersetuju dengan sebarang kerja pemasangan.
Mendapatkan pengesahan terus daripada MPS dan profesional berkaitan sebelum memulakan kerja boleh membantu mengelakkan kos tambahan yang tidak dijangka serta sebarang komplikasi sepanjang proses pemasangan.
Kesimpulannya, pemasangan pengecas EV di rumah bukan sekadar soal membeli wallbox dan menyambungkannya kepada bekalan elektrik. Bagi pemilik rumah di Selayang, memahami keperluan permit, dokumentasi dan kos profesional terlebih dahulu merupakan langkah penting sebelum membuat sebarang keputusan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5994
SELANGOR
BSU7312
JOHOR
JG6512J
PULAU PINANG
PSH748
PERAK
APM6057
PAHANG
CFJ2939
KEDAH
KGJ6538
NEGERI SEMBILAN
NEM4576
KOTA KINABALU
SJU8394
KUCHING
QAB8942P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengecas EV Pintar DC Handal Disediakan Di Bamboo Hills – Dari RM0.90/kWj
DC Handal telah menaik taraf fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang disediakan di Bamboo Hills menjadi hab pengecasan pantas (DCFC) yang lebih komprehensif.
01-02-2025
Pengecas EV Pantas DC Handal Kini Di JPO & IOI City Mall
DC Handal telah berjaya mempercepatkan pengaktifan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) mereka di Johor Premium Outlet (JPO) dan IOI City Mall Putrajaya.
10-04-2024
Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan
Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...
29-12-2023
Pengecas AC ChargeSini Di i-Santorini Berwajah Baharu – Jenama MINI Yang Menyerlah
Stesen pengecasan AC i-Santorini Condominium diberikan sentuhan baharu.
30-11-2023
Gentari Lancar 18 Pengecas AC EV Di Pusat Beli-Belah Sekitar Johor Bahru
Ini senarai lokasi pengecas AC terbaru Gentari di sekitar Johor Bahru.
09-11-2023
ChargeSini Sedia 18 Stesen Pengecas EV Sepanjang Ogos 2023
ChargeSini merancakkan usaha untuk memperluaskan rangkaian titik pengecasan di Malaysia.
10-10-2023
BIKIN MALU: Pengecas EV Daif, Mentaliti Jauh Ke Belakang
CPO disarankan menyelenggara fasiliti mereka secara berkala.
25-09-2023
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

