ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aplikasi MyJPJ, Semua Info Ada, Mudah, Senang Digunakan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebagai pemilik kenderaan, penulis menganggap aplikasi MyJPJ bukan sahaja mudah digunakan sebaliknya mesra pengguna dan menjimatkan masa.

Ini kerana semua maklumat seperti semakan saman, semakan lesen memandu, semakan lesen kenderaan, semakan keputusan ujian dan beberapa info lain boleh dilihat dengan begitu mudah.

Apa yang cukup menarik ialah anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jika pemandu lain melakukan kesalahan di bawah:

• Gagal mematuhi lampu isyarat merah

• Memandu di lorong kecemasan

• Memotong barisan

• Memotong sebelah kiri

• Memotong garisan berkembar

• Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

• No plat fancy

• Cermin gelap

• Tidak memakai tali pinggang keledar dan helmet


Pengguna kemudiannya perlu meletakkan butiran seperti tarikh dan waktu kesalahan sebelum memuat naik rakaman gambar atau video untuk tindakan lanjut oleh pihak JPJ.

Bagaimana untuk muat turun MyJPJ?

Apa yang anda perlu buat ialah memuat turun aplikasi MyJPJ menerusi Google Play Store, App Store atau Huawei App Gallery.

Anda kemudian perlu mendaftar akaun baharu dengan memasukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel.

Selepas itu, anda perlu memilih kata laluan. Tidak sampai lima minit, anda sudah boleh menggunakan aplikasi berkenaan.

Menerusi MyJPJ, anda boleh melihat semua info mengenai tarikh luput lesen memandu dan cukai jalan.


Terdahulu, sebaik  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan  kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing, ia  mendapat pelbagai reaksi ‘bercampur baur’ dalam kalangan warganet.

Ada yang bersetuju, ada juga yang sebaliknya. Bagaimanapun, anda jangan salah faham!

Sistem digital sebenarnya tidak wajib digunakan memandangkan anda masih boleh mempamerkan cukai jalan seperti biasa dan menggunakan kad lesen memandu secara fizikal.

Apapun di sebalik keluhan itu, percaya atau tidak, sudah 2.8 juta pengguna mendaftar aplikasi MyJPJ setakat ini.

Seorang kakitangan swasta, Zarena Bakhtiar, 36, mengakui aplikasi itu amat mudah digunakan.


ZARENA

“Pada mulanya agak leceh untuk memuat turun aplikasi namun saya tidak berputus asa untuk terus mencuba.

“Sebaik berjaya mendaftar masuk dan melihat semua info di aplikasi itu, saya berasa tidak perlu risau tentang tersalah letak lesen memandu saya atau dicuri memandangkan semua info mengenai lesen memandu dan cukai jalan sudah tertera dalam aplikasi berkenaan,” katanya.


Namun lain pula buat Mohd Ghani, 65. Dia melihat sistem digital itu menyukarkan kerana tidak mahir dalam selok-belok pengendalian telefon pintar.

“Saya lebih suka kaedah lama (pamer pelekat cukai jalan) kerana mudah periksa tarikh luput, manakala senang ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika diminta,” katanya ringkas.

Sebelum ini, rata-rata Malaysia mengadu mengenai sticker cukai jalan cepat rosak dan tidak berkualiti. Malah ada juga pelekat cukai jalan baharu sudah terkoyak atau rosak sebelum dilekatkan di cermin kenderaan.

Bukan itu sahaja, jika ingin membuang pelekat cukai jalan dari cermin kereta juga kadang-kadang ia terkoyak dan melekat di cermin.

Mengambil kira masalah itu, pihak kementerian pengangkutan akhirnya mengotakan janjinya untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan menukarkannya kepada sistem digital.

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda mendaftar aplikasi MyJPJ?

Jika belum, segera daftar sekarang! 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4976

SELANGOR

BSV1295

JOHOR

JH4296J

PULAU PINANG

PSH4118

PERAK

APM9627

PAHANG

CFJ4115

KEDAH

KGJ8212

NEGERI SEMBILAN

NEM5912

KOTA KINABALU

SJV1864

KUCHING

QAB219Q

Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

19-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto
Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto
JPJ Cipta Sejarah

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.