- Berita
- Berita Auto
- Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu
Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu


Umum mengetahui bahawa prestasi pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 semasa Formula 1 2022 tidak begitu memuaskan dan ini puncanya…
“Kami terlebih berat tahun lalu, dan tahun ini kami cuba untuk mengenal pasti bahagian yang dapat kami kurangkan setiap gram jentera,” ujar Ketua Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG Petronas F1, Toto Wolff.
“Jadi sekarang, sejarah berulang. Anda akan melihat bahawa kereta ini menggunakan badan kemasan gentian karbon sahaja, bersama-sama dengan beberapa yang dicat hitam matte,” katanya.

Sebelum ini, pasukan tersebut telah mendominasi perlumbaan F1 setelah memenangi lapan kejuaraan berturut-turut. Kejatuhan yang dialami tahun lalu menggesa pasukan untuk mencari penyelesaiannya.

Pengarah Teknikal, Mike Elliott berkata, beliau sangat berpuas hati dengan hasil kali ini, “Dengan kenderaan generasi kali ini, prestasi terletak pada perinciannya. Apabila anda melihat W14, anda akan melihat DNA W13 yang telah melalui evolusi serta penambahbaikan yang dilakukan secara terperinci.”
PERUBAHAN BUKAN SEKADAR WARNA, SETIAP INCI MENJADI TUMPUAN
Sekiranya diamati secara terperinci, jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian. Di sudut hadapan jentera W14, bentuk sayap hadapan dan juga sambungan sayap kepada bahagian muncungnya agak berbeza.
Turut berubah ialah muncungnya yang dikecilkan di bahagian tengah, berbeza dengan rekaan sebelum ini supaya udara dapat bergerak ke bahagian bawah jentera dengan lebih mudah. Suspensi hadapan juga telah diberikan reka bentuk baharu terutamanya pada sudut bawah muncung yang berbentuk tiga segi ini (rujuk foto).

Perubahan jentera Mercedes-AMG Petronas F1 dari sudut hadapan (Foto: Racing News 365)
Perubahan lain dapat dilihat dari sudut belakang yang mana bahagian tepi jentera terus bersambungan, berbeza dengan W13 yang mana sudut tepinya melengkung ke bahagian dalam.
Pada bahagian bawah hud kini terdapat sebuah saluran yang dapat mengalirkan udara dari bahagian bawah badan kepada bahagian bawah sayap (di bawah logo Filisetti dalam imej di bawah) untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik jentera.

Perubahan jentera Mercedes-AMG Petronas F1 dari sudut belakang (Foto: Racing News 365)
PELUMBA TERUJA UNTUK MEMANDU JENTERA BAHARU
George Russell, satu-satunya pelumba yang berjaya membawa pulang kemenangan dengan W13 musim lalu semasa perlumbaan di Brazil meluahkan keterujaannya untuk memandu jentera terbaharu ini, "Saya sangat teruja untuk memandunya buat kali pertama," katanya.

George Russell (Foto: Instagram Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team)
Ujian pemanduan pra-musim diadakan minggu ini di Bahrain sebelum perlawanan pertama bagi F1 musim baharu bermula di Bahrain Grand Prix di litar sama pada 3-5 Mac nanti.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8449
SELANGOR
BSU9450
JOHOR
JH2148J
PULAU PINANG
PSH3253
PERAK
APM8257
PAHANG
CFJ3750
KEDAH
KGJ7617
NEGERI SEMBILAN
NEM5487
KOTA KINABALU
SJV1193
KUCHING
QAB9740P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



