ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Naza Italia melancarkan secara rasmi SUV mewahnya, Maserati Grecale GT 2023 sebentar tadi.

Buat masa ini hanya varian GT diperkenalkan sementara varian Grecale Modena dan Trofeo akan dilancarkan kemudian.

Nampaknya, ia bakal memberi saingan hebat kepada model-model seperti BMW X3, Jaguar F-Pace serta Porsche Macan.


Ketua Pegawai Operasi Naza Italia, Farid Sulaiman berkata, selepas acara pratonton Maserati Trofeo di Malaysia pada Jun tahun lalu, pihaknya cukup berbangga untuk memperkenalkan Maserati Grecale  dalam versi GT hibrid.


“Kami mengalu-alukan untuk memperkenalkan pilihan enjin ini kepada para pelanggan di Malaysia,” katanya.

Untuk makluman, ia yang dipadankan dengan enjin hibrid ringan empat silinder yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 300hp dan tork 450Nm.

Difahamkan enjinnya dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan dan pacuan semua roda.


Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.6 saat manakala kelajuan tertinggi pula sekitar 240 kilometer sejam.

Melihat bahagian luarannya, biarpun lampu hadapannya kelihatan sepet namun gril yang rendah dan menegak membuatkan ia lebih menonjol.

Bahagian lampu belakang pula, nampaknya ia mengambil inspirasi daripada model Giugiaro 3200 GT.


Menjengah ruang kabinnya, ia memuatkan skrin kluster instrumen, diikuti skrin tengah berkembar di mana skrin atas bersaiz 12.3 inci dan skrin 8.8 inci 'comfort panel' di bahagian bawah.


Selain itu, Maserati Grecale GT ini turut menampilkan pilihan roda aloi bersaiz 19 atau 20 inci, bampar warna badan, skirt sisi, sisipan gril krom, logo Maserati pada tiang C dan empat ekzos tip krom dibelakang.



Ruang butnya pula dikatakan bersaiz 535 liter dan tempat duduknya boleh dilipat ke bawah hanya dengan menekan butang di dalam but.


Ia juga menerima balutan kulit hitam, balutan kulit premium dalam warna coklat, dan greige atau hitam tebal dengan jahitan kontras turut ditawarkan sebagai pilihan. Roda sterengnya dilapisi kulit dan dipadankan bersama paddle shift aluminium.

Sementara itu, skrin keempat  pada papan pemuka Grecale ini boleh didapati pada unit jam digital (atau jam pintar?) yang pertama seumpamanya untuk sebuah Maserati dan boleh digunakan sebagai kompas atau meter G.

Sistem infotainmen Maserati Intelligent Asisstant berasaskan Android ini menyokong sambungan peranti pintar Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

Sistem audio pula ditawarkan dengan dua pilihan daripada Sonus Faber, di mana pilihan yang paling mahal berkuasa 1,200W dan membawakan 21 unit pembesar suara, dan alunan bunyi tiga dimensi.

 Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Blue Intenso, Bianco Astro dan Bianco.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia dijual pada harga RM598,000 termasuk duti dan cukai termasuk jaminan tiga tahun tanpa had perbatuan.

Apa pula pandangan anda?



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY5825

SELANGOR

BSV1479

JOHOR

JH4675J

PULAU PINANG

PSH4272

PERAK

APM9807

PAHANG

CFJ4176

KEDAH

KGJ8372

NEGERI SEMBILAN

NEM5997

KOTA KINABALU

SJV2037

KUCHING

QAB302Q

Terakhir Kemas Kini 16 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...

Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...

Prototaip Maserati Grecale 2022 telah didedahkan dalam satu sesi uji pandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares.

05-07-2021
Berita Auto

06-01-2021
Global

08-12-2023
Video

11-04-2023
Kereta Baru

03-03-2023
Global

04-08-2022
Berita Auto
Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...

Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...

Prototaip Maserati Grecale 2022 telah didedahkan dalam satu sesi uji pandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares.

05-07-2021
Global

12-07-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?

Berapa Harga Toyota Yaris 2027?

Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.

16-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Berapa Harga Proton S70 RS Sport?

Proton Masih Belum Dedahkan Harga Proton S70 RS Sport.

16-11-2026
Kereta Baru
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.

11-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.