ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas EV ChargeSini Kini Di Terminal 1, Seremban

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pembekal perkhidmatan dan penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini telah memperluas rangkaian pengecas EV syarikatnya baru-baru ini melalui pembukaan rasmi dua stesen pengecasan di pusat membeli-belah Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan. 


Turut menghadiri majlis pelancaran tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong, Pengarah Urusan ChargeSini, James Goh dan Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC), Datuk Shahrol Halmi.


Pengecas EV ChargeSini yang disediakan di Terminal 1, Seremban boleh digunakan kenderaan PHEV, EV dan BEV


Pengecas yang dipasang di Terminal 1, Seremban ialah jenis AC 22 kW yang boleh diakses melalui aplikasi ChargeSini


Dua unit pengecas AC 22 kW ChargeSini dipasang di Terminal 1, Seremban, dengan ruang pengecasan dibahagikan kepada petak parkir masing-masing. Dengan pembukaan stesen pengecas ini, Negeri Sembilan kini secara rasmi telah memiliki pengecas EV awam pertama yang dibuka di pusat membeli-belah. 


Selain untuk kegunaan EV dan kenderaan elektrik bateri (BEV), pengecas ini turut boleh digunakan bagi mengecas kenderaan hibrid plug-in (PHEV). 


Untuk memanfaatkan pengecas yang disediakan di Terminal 1, Seremban ini, pengguna boleh muat turun aplikasi ChargeSini melalui Apple App Store (iOS) dan Google Play Store (Android).


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong


YB Teo Kok Seong diberikan penjelasan mengenai  pengecas AC 22 kW oleh kakitangan ChargeSini dan Pengarah Urusannya, James Goh 


“Bagi pihak kerajaan negeri, kami mengalu-alukan ChargeSini untuk melabur dan membina kemudahan mereka di Negeri Sembilan. Kami juga berharap untuk melihat ChargeSini mengadakan perbincangan dengan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) serta majlis tempatan (PBT) kami yang lain di negeri ini untuk memasang lebih banyak kemudahan seperti ini,” kata YB Teo selepas melancarkan pengecas secara rasmi di Terminal 1, Sabtu lalu. 


Tambah YB Teo, lokasi terkenal di negeri tersebut seperti Port Dickson boleh menerima manfaat daripada infrastruktur pengecas EV seperti yang disediakan ChargeSini untuk merancakkan lagi industri pelancongan. 



Dari kiri ke kanan: Pengarah Urusan ChargeSini, James Goh, Presiden MyEVOC, Datuk Shahrol Halmi dan Pengarah Operasi ChargeSini, Wai Sang Lim


“Usaha ChargeSini untuk memperluaskan kemudahan ini di luar Lembah Klang adalah sangat baik. Sesetengah bandar dan kawasan lain di luar memerlukan infrastruktur pengecas EV. Dengan usaha pemasangan pengecas ini di luar Lembah Klang, keyakinan pengguna akan meningkat dan, diharapkan, ini juga akan merangsang lebih banyak penggunaan kemudahannya dan juga EV,” tambah Presiden MyEVOC Datuk Shahrol.



Pengarah Urusan ChargeSini, James Goh


Selain Terminal 1, Pengarah Urusan ChargeSini, James Goh mendedahkan bahawa sebanyak 50 stesen ChargeSini kini dirancang akan dipasang di Negeri Sembilan termasuk beberapa lagi di Seremban. Syarikat bakal membuka stesen pengecas sama di pusat membeli-belah Seremban Gateway sebelum memberi tumpuan kepada pusat pelancongan lain, hotel, restoran dan kondominium.


“Tahun ini, ChargeSini merancang untuk membina 500 hingga 1,000 pengecas EV di seluruh Malaysia. Sesiapa yang berminat untuk memasang stesen pengecas EV di premis masing-masing, boleh hubungi kami. Bersama-sama kita boleh membina dan mempertingkat fasiliti serta rangkaian pengecas EV di Malaysia,” kata Goh semasa majlis pelancaran kemudahan pengecas EV yang disediakan syarikatnya di Seremban.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY352

SELANGOR

BSU9632

JOHOR

JH2571J

PULAU PINANG

PSH3441

PERAK

APM8489

PAHANG

CFJ3812

KEDAH

KGJ7704

NEGERI SEMBILAN

NEM5592

KOTA KINABALU

SJV1353

KUCHING

QAB9780P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

04-03-2023
Berita Auto

29-09-2022
EV

23-09-2022
EV

16-10-2026
Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026

Berita Terkini

EV
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.

10-11-2026
EV
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.

06-11-2026
EV
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV
Cybercab Singgah Malaysia

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.