Hab Automotif Mercedes-Benz Terbesar Dibuka Di Bukit Tinggi, Klang

Hap Seng Star bersama Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan pembukaan Autohaus terbaharu bertempat di Bukit Tinggi yang menawarkan perkhidmatan dan pengalaman eksklusif kepada pelanggan di sekitar Klang.

Autohaus ini memiliki ruang pameran yang besar dengan keluasan 49,543 kaki persegi yang didirikan di atas tanah berkeluasan 142,000 kaki persegi.

Ruang pameran bab automotif ini boleh menampung sehingga 45 unit kenderaan pada satu-satu masa. Di aras yang sama turut terdapat pelbagai kemudahan eksklusif seperti ruang santai Star Lounge, kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik solek wanita.


Di sini, pelanggan turut boleh melihat pelbagai aksesori mewah dan butik koleksi Mercedes-Benz.


Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus mempunyai kapasiti perkhidmatan sehingga 900 unit kereta sebulan yang boleh diperluaskan lagi pada masa hadapan. Penyelenggaraan berjadual dan baik pulih kenderaan dilakukan oleh juruteknik yang terlatih dari Mercedes-Benz.

Selain itu, di Autohaus ini juga terdapat fasiliti pengecas pantas jenis DC 120 kW untuk memudahkan pengguna kenderaan elektrik (EV) Mercedes-EQ.

Kemudahan lain yang ditawarkan pusat sehenti yang luas ini ialah Perkhidmatan Ekspres 2.0, pengambilan dan penghantaran, tempahan perkhidmatan turun dan pergi, penjajaran dan pengimbangan roda, diagnosis dan baik pulih [sistem] elektrik, salutan cat, pemasangan lapisan filem (tinted) pada cermin kereta dan tuntutan insurans, termasuk waranti.
Bangunan Autohaus ini telah diperakui dengan penerimaan Anugerah Gangsa daripada pensijilan GreenRE kerana inisiatif kemampanan seperti sistem penuaian air hujan.
Hap Seng Group kini mengendalikan sembilan buah Autohaus yang terletak di Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Setia Alam, Bukit Tinggi, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.
Hap Seng Group turut mengendalikan Mercedes-Benz Certified Pre-owned Centre di Kinrara dan Body & Paint Centre di Shah Alam.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5056
SELANGOR
BSV1315
JOHOR
JH4322J
PULAU PINANG
PSH4151
PERAK
APM9643
PAHANG
CFJ4120
KEDAH
KGJ8245
NEGERI SEMBILAN
NEM5918
KOTA KINABALU
SJV1870
KUCHING
QAB224Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



