Pengecas Chargesini Dah Masuk Kuantan, Sokong Usaha Kerajaan

Ada berita baik untuk pemilik kenderaan elektrik di Kuantan, Pahang.
Ini kerana pembekal perkhidmatan dan penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini kini boleh di dapati di Hotel Megaview, Kuantan.


Buat masa ini, terdapat ruang pengecas EV di lokasi terbabit.
Dua ruang itu mempunyai pengecas pantas DC, 40 kW dan pengecas AC, 22 kW.
Pengecas DC didatangkan dengan dua port yang membolehkan dua kenderaan elektrik dicas serentak melalui penyambung jenis CCS2.

Para pengguna boleh mengakses pengecas ini dengan menggunakan aplikasi mudah alih ChargeSini yang tersedia di Apple App Store (iOS) dan Google Play Store (Android).
Sementara itu, Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, pihaknya menyasarkan untuk memasang 160 pengecas EV di 55 lokasi di sekitar Kuantan menjelang tahun 2025.
“Sasaran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Kuantan sebagai bandar pintar yang akan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan stesen pengecas EV di Hotel Megaview baru-baru ini.
Buat masa ini, stesen pengecas EV kini boleh didapati di Hotel Mega View dan Kompleks Bandar Kuantan, Berjaya Megamall, Kompleks Pusat Seri Dagangan dan Air Putih.
Pihak Majlis Bandaraya Kuantan akan meneruskan pemasangan kemudahan pengecasan EV di mana 47 pengecas EV akan berada di 16 lokasi. Kesemuanya akan dipasang menjelang tahun hadapan.
Ia kemudian disusuli dengan pemasangan pengecas EV di 30 lokasi dimana ia melibatkan 80 pengecas menjelang tahun 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7957
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1959J
PULAU PINANG
PSH3146
PERAK
APM8048
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7545
NEGERI SEMBILAN
NEM5467
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

