Konsep EV Perodua EMO: ‘Myvi’ Elektrik Yang Dinanti-Nantikan?

Salah satu topik yang menjadi perbualan hangat semasa acara Malaysia Autoshow 2023 adalah kereta konsep Perodua EMO yang meskipun kecil dalam saiz, namun besar impaknya terhadap masa depan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Ketika acara tersebut, Perodua mempertontonkan model konsep EMO pada skala 1:6.
Dalam teaser awal yang telah dikongsikan, EMO telah dijelaskan sebagai singkatan bagi 'Electric Motion Online' di mana huruf "E" pada logo tersebut digambarkan sebagai wayar serta plug berwarna biru. Ini memberikan bayangan awal mengenai EV yang bakal diperkenalkan oleh pihak Perodua.


Selain daripada tayangan konsep ketika acara berlangsung, Perodua turut menyediakan simulator pemanduan sebenar yang dapat memberikan gambaran dimensi dan prestasi sebenar yang telah dicadangkan untuk model ini. Konsep EMO ini sekiranya direalisasikan nanti, bakal memeriahkan pasaran segmen B dengan panjang 3,895 MM, lebar 1,735 MM, tinggi 1,515 MM, dan jarak roda 2,500 MM. Dimensi yang hampir sama dengan hatch Myvi yang kini ditawarkan di pasaran.
Perodua membayangkan Konsep EMO mempunyai sistem penggerak elektrik sepenuhnya dengan output yang dikatakan sekitar 95 PS/121 Nm, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j sekitar 10 saat dan kelajuan tertinggi 160 km/j. Kemungkinan besar, konsep ini menggunakan penjana tunggal yang menggerakkan roda hadapan (FWD).

Cadangan saiz bateri bagi kereta konsep ini ialah 50 kWh yang mampu menerima input cas pantas DC pada kadar 300 kW. Ini membolehkan pengecasan sehingga 80% dilakukan dalam masa kira-kira 20 minit. Kuasa elektrik ini membolehkan EMO menempuh jarak pemanduan antara 300 hingga 350 km.
Memandangkan saiz kereta konsep yang dipamerkan adalah dalam skala kecil, ini bermakna kita tidak dapat melihat mock-up sebenar untuk reka bentuk dalamannya. Walau bagaimanapun, semasa pembentangan kepada media, Perodua menunjukkan ilustrasi reka bentuk dalaman yang cukup unik, dengan ruang kokpit khas untuk pemandu yang berasingan dari penumpang hadapan.
Perkataan 'Online' yang merupakan sebahagian daripada nama kereta konsep ini cukup untuk menggambarkan kecanggihan yang bakal diketengahkan nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyatakan bahawa model sebenar kereta konsep EMO akan dibina dalam masa yang terdekat, kemungkinan dalam tahun ini atau awal tahun hadapan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



