ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Mazda Bakal Hasil EV Dengan Bateri Panasonic

Sofea Najmi

Kongsi melalui

EV Mazda Demio.jpg

 EV Mazda Demio yang dipamerkan di Muzium Mazda, Hiroshima (Foto: Mazda)


Mazda, meskipun terkenal sebagai jenama yang skeptikal terhadap kenderaan elektrik (EV), juga tidak ingin terlepas daripada masa depan di mana kenderaan bertenaga bateri  menjadi penting dalam pasaran automotif. Oleh itu, syarikat pengeluar kereta Jepun itu baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka sedang menjalankan perbincangan dengan Panasonic untuk mendapatkan bekalan bateri.


Perbincangan tersebut akan memberi tumpuan kepada pembentukan rakan kongsi jangka sederhana hingga panjang. Mazda berharap dapat menggunakan bateri litium-ion silinder Panasonic,  yang juga digunakan oleh Tesla dalam kenderaan mereka.


litium-ion-silinderikal-Panasonic.jpeg

Tesla menggunakan bateri litium-ion silinder Panasonic (Foto: Panasonic Group)


Pada November 2022, Mazda mengumumkan rancangan bahawa  25% daripada jualan yang dibuat adalah terdiri daripada kenderaan elektrik tulen menjelang tahun 2030. Eksekutif syarikat tersebut juga mengatakan pengisian pantas adalah lebih penting berbanding kemampuan sesebuah EV untuk mencapai jarak perjalanan yang jauh.


Pembuat kereta ini berharap dapat menggunakan bateri yang dihasilkan di kilang Panasonic di Jepun dan Amerika Utara, yang juga mungkin memberikan petunjuk kepada kawasan pasaran EV Mazda pada masa akan datang. 


MAZDA-PANASONIC-4.png

Bateri litium-ion silinder Panasonic (Foto: Electrek)


Pengarah dan Pegawai Pengurusan Kanan Mazda, Masahiro Moro berkata, "Mazda bekerjasama dengan rakan kongsi dalam tiga fasa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam trend pengawalseliaan, keperluan pengguna, dan bidang lain.


"Kami gembira untuk berkolaborasi dengan Panasonic Energy, yang telah menjadi perintis dalam bateri litium-ion automotif dengan membangunkan produk berkualiti tinggi,” katanya. 


Walaupun syarikat-syarikat ini masih lagi dalam peringkat perbincangan, Mazda menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk memasang bateri yang dibekalkan oleh Panasonic dalam EV yang dirancang akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2020-an.

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: Paten Terbaharu Mazda Didedahkan: Kereta Sport Dengan Enjin Rotari



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-02-2026
Global

29-01-2026
EV

12-01-2026
Global

29-10-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Global

30-09-2025
Pandu Uji

07-09-2025

Berita Terkini

EV
BYD Flash Charging Bakal Dilancar

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026
EV
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.

10-11-2026
EV
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.

06-11-2026
EV
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.