Volvo EX30: EV Kecil Yang Tidak Sempit, Ini Rahsianya…
![]()
Dalam satu temubual bersama CariCarz baru-baru ini, Lisa Reeves, Ketua Reka Bentuk Dalaman di Volvo Cars menjelaskan pendekatan yang digunakan dalam reka bentuk kabin SUV elektrik terkecil yang pernah dihasilkan syarikat, Volvo EX30.
Kereta kecil tidak bermakna keselesaan dan kemudahan penumpang terpaksa diabaikan, ini telah dibuktikan dalam rekaan Volvo EX30.

Penggunaan ruang di dalam kereta bersaiz kompak ini diminimumkan melalui perancangan susunan yang teliti. Lisa Reeves menekankan tema ‘pemusatan’ dalam reka bentuk kereta ini, di mana sesuatu komponen memiliki lebih daripada satu fungsi dan diletakkan di bahagian tengah untuk memudahkan akses.
Konsol tengah kereta misalnya, hadir dengan pelbagai fungsi, yang dapat memudahkan penumpang mencapai barangan sambil menikmati ruang kabin yang luas.
Walaupun bersaiz kompak, EX30 menyediakan banyak ruang simpanan barang melalui inovasi kreatif. Volvo mengintegrasikan ruang simpanan dengan pintar pada satu bahagian yang sama, seperti yang dipaparkan dalam foto di bawah:

Glove box yang biasanya terletak di bahagian depan penumpang hadapan, kini ditempatkan di bahagian tengah di bawah skrin supaya lebih mudah untuk dicapai pemandu.

Di bawah glove box, terdapat pengecas tanpa wayar yang ‘memegang’ telefon dengan kemas:

Dari pengecas, bersambung dengan tunnel atau terowong simpanan bawah yang boleh dibuka untuk menyimpan barangan kecil:

Apabila ditutup ruang atas boleh digunakan untuk menyimpan bag atau sebagainya
Terowong simpanan ini bersambung dengan tempat letak lengan:

Di bawah tempat letak lengan terdapat laci yang boleh ditarik keluar untuk menyimpan air atau sebagaiya.


Laci untuk penumpang belakang turut disediakan. Ini boleh digunakan sebagai ruang simpanan atau untuk membuang sampah. Kerana ia boleh ditanggalkan dengan mudah untuk dicuci. (Sumber: TinXe.vn)
“Dengan menempatkan semua ruang simpanan di bahagian tengah, menambahkan lagi ruang untuk penumpang bergerak di dalam kabin yang kecil,” tambah Lisa Reeves.

Apakah pendapat anda tentang tema 'pemusatan' yang digunakan di dalam Volvo EX30? Kongsikan di ruangan komen yang disediakan di bawah.
Jangan lupa untuk ikut kami di Facebook dan Instagram untuk berita automotif terkini setiap hari.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9254
SELANGOR
BST4679
JOHOR
JD6417J
PULAU PINANG
PSF3432
PERAK
APL2657
PAHANG
CFH6326
KEDAH
KGH8755
NEGERI SEMBILAN
NEL7031
KOTA KINABALU
SJT9124
KUCHING
QAB5213P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Jangan Cas Lebih 70%! Volvo EX30 Dipanggil Semula Termasuk Malaysia
Berita penting buat pemilik Volvo EX30 di Malaysia. Jenama automotif dari Sweden tersebut telah mengeluarkan arahan pemanggilan semula model tersebut minggu ini.
13-01-2026
Tempahan Volvo EX30 Versi CKD Kini Dibuka – Tiada Lagi Varian Plus, Dari RM208,888
Volvo Car Malaysia kini telah membuka tempahan bagi SUV elektrik kompak, EX30 versi pemasangan tempatan (CKD) dalam dua varian, Ultra dan Ultra Twin Performance dengan harga bermula daripada RM208,888.
04-01-2025
Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888
Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...
25-09-2024
[PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30
Kami berpeluang untuk memandu uji Volvo EX30 dan ini ENAM sebab mengapa Volvo EX30 patut dipertimbangkan...
16-09-2024
SUV Kompak Elektrik, Volvo EX30: Pendaftaran Minat Pasaran Malaysia Kini Dibuka
Volvo Car Malaysia (VCM) akan memperkenalkan Volvo EX30 tidak lama lagi?
12-08-2024
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
