EV Tesla Ada Pakej Perlindungan Khas Dari Liberty Insurance, Ini Senarai Manfaatnya…

Model Y yang telah rasmi dilancarkan di Malaysia semalam
Berita baik untuk peminat kereta elektrik Tesla di Malaysia! Liberty Insurance telah diumumkan sebagai rakan insurans pilihan syarikat EV Amerika ini di Malaysia. Kerjasama ini mewujudkan pelan perlindungan baharu yang khas untuk pemilik EV Tesla di Malaysia.
Selain Malaysia, Liberty Insurance juga menjadi rakan insurans kereta pilihan Tesla di beberapa pasaran lain dalam rantau ini. Antara negara-negara tersebut termasuklah Thailand, Singapura, dan Hong Kong.
Syarikat tempatan yang baru-baru ini bergabung dengan Liberty Insurance, CEO AmGeneral Insurance Berhad, Puneet Pasricha, berkata, "Sebagai pembekal insurans yang berfikiran maju, ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk terlibat dalam peralihan kepada teknologi yang lebih hijau di peringkat global.”
-full.jpg)
-full.jpg)
'InsureMyTesla Comprehensive Coverage' ini adalah pakej perlindungan khas untuk EV Tesla baharu yang diimport secara rasmi oleh Tesla Motors Malaysia
Pelan yang dikenali sebagai 'InsureMyTesla Comprehensive Coverage' ini adalah pakej yang dikhususkan untuk pembelian EV Tesla baharu yang diimport secara rasmi oleh Tesla Motors Malaysia, iaitu hanya untuk Model Y untuk masa ini. Melalui pelan ini, bakal pembeli Tesla baharu di Malaysia akan menikmati beberapa kelebihan.
Salah satunya adalah 'Perlindungan Pengecasan Elektrik Peribadi', di mana Liberty akan memberi pampasan sehingga RM12,000 bagi kos sebenar yang ditanggung kerana kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan kepada pengecas elektrik peribadi. Terhad kepada satu insiden setiap tahun polisi.
Seterusnya adalah perkhidmatan 'Bantuan Tunda 24 Jam untuk Kemalangan atau Kerosakan', ketenangan fikiran melalui perkhidmatan tunda tanpa had perbatuan sepanjang masa, memudahkan pengguna sekiranya terlibat dalam kes kemalangan atau berhadapan dengan kerosakan kereta. Tiada had tahunan.

Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan 'Bantuan Tunda 24 Jam untuk Kuasa Bateri Lemah', iaitu bantuan tunda sehari penuh, tanpa had perbatuan untuk ke stesen pengecas EV terdekat sekiranya bateri EV tidak mencukupi untuk meneruskan perjalanan. Pemilik boleh membuat tuntutan perkhidmatan ini sehingga tiga kali setahun.
Perlindungan 'Baiki/Ganti Kunci' juga disertakan. Syarikat akan memberi pampasan sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kunci kereta akibat kes kecurian, rompakan, atau pecah masuk rumah. Terhad kepada satu kejadian setiap tahun polisi untuk perkara ini.
Turut tersedia perlindungan 'Semua Pemandu Dilindungi' dan 'Jaminan untuk Baik Pulih'. Perlindungan pertama merujuk kepada perlindungan yang komprehensif untuk semua pemandu yang sah bagi kenderaan tersebut, manakala yang kedua memberi manfaat kepada pemilik dengan tempoh sehingga 12 bulan untuk kerja baik pulih di bengkel panel yang dipercayai oleh Tesla.
-full.jpg)
Liberty Insurance juga menawarkan pelbagai perlindungan tambahan seperti risiko khas atau perlindungan bencana
Ini hanyalah beberapa perkara utama dalam pakej perlindungan komprehensif InsureMyTesla yang ditawarkan oleh Liberty Insurance. Seperti pelan insurans kereta lain, syarikat ini menyediakan pelbagai pilihan tambahan termasuk perlindungan cermin hadapan, bencana, dan liabiliti undang-undang untuk penumpang. Semua butiran ini boleh didapati dalam talian melalui laman web Liberty Insurance, yang boleh anda layari dengan mengklik pada pautan biru ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



