PANAS! Ini Dia Myvi Versi Elektrik

Ketika Malaysia Autoshow 2023 diadakan pada awal tahun ini, pengeluar kereta tempatan, Perodua ada menayangkan model kereta konsep elektriknya yang dikenali sebagai Electrik Motion Online (EMO).
Biarpun ia cuma kereta konsep pada skala 1:6, namun EMO berjaya menawan hati orang ramai kerana ia mirip model ikonik Perodua, Myvi.

Kehadiran EMO membuatkan artis render terkenal Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle menghasilkan lakaran Myvi EV yang mungkin adalah generasi seterusnya?
Dinamakan sebagai Perodua MyEV (Myvi EV) , Throttle mengambil beberapa reka bentuk daripada konsep EMO dan mengubahsuai kepada Myvi facelift.


Menjengah bahagian hadapan, anda boleh melihat dengan jelas MyEV kelihatan hampir sama dengan EMO, terutamanya reka bentuk lampu hadapannya yang agak tajam.
Selain itu, rekaan bampar hadapan MyEV yang menonjol dengan gril hadapan konvensional, dan bukannya berbentuk berlian seperti EMO.

Meletakkan MyEV dan Myvi gen kelihatan serupa, maka ia mendedahkan beberapa persamaan antara kedua-dua kereta itu terutamanya gaya badan separuh bulatnya.
Di bahagian belakang, rekaan lampu belakang MyEV kelihatan sama dengan EMO dimana ia menampilkan unit utama berbentuk segi tiga yang disambungkan antara satu sama lain melalui bar lampu LED.


Bukan itu sahaja, ada beberapa petanda menunjukkan rekaan Myvi juga sama termasuk rekaan bampar belakang serta aksen di bahagian bawah.
Dari sini, anda juga boleh melihat rekaan MyEV diambil terus dari Myvi.
Bagi EMO sebenar, Perodua telah menyatakan bahawa model EV konsep ini akan memiliki saiz yang lebih kurang sama dengan Myvi gen semasa.

Untuk makluman, Myvi gen semasa adalah sepanjang 3,895 mm, 1,735 mm lebar, dan dengan jarak roda 2,500 mm.
Dari segi trenkuasa, Perodua berkata konsep EMO akan mempunyai saiz yang agak serupa dengan Myvi.
Ia akan disumbat dengan pek bateri 50-kWj dan EMO mampu bergera sejauh 300 kilomter (km) hingga 350 km.
Bagi pengeluarannya, Perodua berkata model konsep bersaiz penuh EMO akan dibina pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.
Jadi, hanya pada masa itu, kita akan mengetahui bagaimana rupa sebenar Myvi EV.
Apa pula pandangan anda mengenai lakaran Myvi EV ini?
Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



