Perginya Pereka Proton X70, Volvo, Lotus & Geely, Peter Horbury Di Usia 72 Tahun

Satu kehilangan besar melanda dunia rekaan automotif dengan pemergian Peter Horbury, pereka terkenal kelahiran Britain yang dilaporkan meninggal dunia minggu lalu di usia 73 tahun semasa melakukan lawatan kerja ke China.
Horbury ialah Naib Presiden Kanan Unit Rekaan di Group Lotus, yang bertanggungjawab menjalinkan kerjasama antara Geely China dan Lotus, syarikat yang kini bernaung di bawah Geely. Dalam masa yang sama, Horbury juga memegang jawatan sebagai Ketua Unit Rekaan Geely.
Dalam satu kenyataan, Lotus menjelaskan, "Beliau meninggal dunia awal minggu ini (minggu lepas) semasa melawat rakan sekerja di China, melakukan apa yang beliau selalu lakukan - memimpin, memberi inspirasi, dan membimbing orang lain untuk melakukan sesuatu yang berbeza dan menjadi yang terbaik.”





Beberapa model yang menerima sentuhan Peter Horbury, S60 generasi pertama (atas), V70 XC (dua foto di bahagian bawah sebelah kiri), serta hatchback C30 (dua foto di bahagian bawah sebelah kanan)
Dilahirkan di Newcastle, England pada tahun 1950, Horbury merupakan seorang lulusan dari Royal College of Art pada tahun 1974 yang memulakan kerjayanya dengan Chrysler UK pada tahun yang sama. Selepas itu, mendiang dilantik sebagai Ketua Unit Rekaan di Volvo pada tahun 1991.
Di syarikat automotif Sweden tersebut, Horbury telah mengetuai pasukan rekabentuk pada 11 tahun yang pertama, yang mana beliau memberikan inspirasi penghasilan falsafah rekaan baharu untuk jenama tersebut yang banyak menerima pujian sehingga mampu memperkukuhkan lagi kedudukan syarikat itu. Sehingga kini, masih banyak etos rekabentuk yang diperkenalkan Horbury dapat dilihat pada kebanyakan hasil ciptaan Volvo.
Beberapa produk terbaik Horbury yang memakai logo Volvo adalah termasuk Volvo S60 generasi pertama, serta barisan SUV crossover Volvo yang terawal seperti V70 XC generasi pertama, diikuti oleh XC90. Selain itu, sentuhan ‘magik’ beliau dapat dilihat pada cabrio C70 dan hatchback C30.
Pada tahun 2002, Peter Horbury bertugas sebagai Ketua Unit Rekaan di studio rekabentuk Ford's Premier Automotive Group yang selain Volvo, merangkumi beberapa jenama lain iaitu Jaguar, Land Rover, dan Aston Martin. Horbury kemudian kembali bekerja sepenuh masa dengan Volvo untuk kali ketiga pada tahun 2009, kali ini di bawah pemilik baharu, Geely.

Horbury memperkenalkan konsep rekaan yang radikal untuk Volvo pada suatu ketika dulu. Banyak idea rekaannya masih diketengahkan dalam reka bentuk Volvo terbaharu
Pada tahun 2011, Horbury bertukar haluan dan menyertai konglomerat automotif China, Geely Group, sehingga tahun 2021. Antara model yang menerima sentuhan Horbury ialah kereta yang banyak meluncur di atas jalan raya Malaysia, Proton X70.

Proton X70
Tugas Horbury di Geely diringankan apabila Stefan Sielaff, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Rekaan di Bentley, menggantikannya pada tahun 2021.

Mendiang turut terlibat dalam penghasilan rekaan Lotus Eletre
Namun, mendiang terus memegang jawatan di Lotus di mana beliau memberikan bimbingan kepada syarikat tersebut yang sedang beralih ke era kereta elektrik, serta dalam pembangunan model crossover dan GT.
Pemergian Peter Horbury ini pastinya menjadi satu kerugian yang dirasai dalam dunia reka bentuk automotif. Beliau meninggalkan sumbangan besar melalui penghasilan rekabentuk yang inovatif dan boleh dikatakan, tidak lapuk ditelan zaman.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

