Geely Batal Pembinaan Kilang EV Di Thailand? Malaysia Jadi Sasaran

Sebelum ini, syarikat automotif gergasi dari negara China, Geely, berhasrat untuk memasuki Thailand dan menubuhkan pusat pengeluaran EV di sana selepas perbincangan dengan kerajaan Thailand. Namun sumber di Thailand baru-baru ini, mendedahkan bahawa Geely telah membatalkan rancangan tersebut sepenuhnya.
APA YANG BERLAKU?
Menurut sumber yang sama, Geely dikatakan telah membatalkan perkara tersebut atas pelbagai “situasi yang tidak dinyatakan.”

Khabar angin mengatakan bahawa kilang EV yang ingin ditubuhkan Geely di Thailand salah satunya adalah untuk pengeluaran trak pikap elektrik, Radar RD6
Sekiranya rancangan pembinaan kilang ini diteruskan dan menerima kelulusan, Geely dilaporkan mungkin akan melancarkan trak pikap elektrik RD6 di bawah jenama Radar di negara tersebut, selain sebuah EV urban kecil yang masih belum diberikan nama. Kedua-dua model ini akan dikeluarkan secara besar-besaran di Thailand. Laporan awal tersebut juga mencatat jumlah pelaburan THB10 bilion (~RM1.31 bilion) untuk rancangan itu dengan sasaran pengeluaran tahunan sebanyak 100,000 unit kenderaan.
INI MUNGKIN PUNCANYA…
Namun yang tidak pasti adalah sama ada salah satu daripada "situasi yang tidak dinyatakan" ini merujuk kepada pelaburan Geely yang baru-baru ini bernilai RM45.6 bilion di Tanjung Malim, Perak, di mana pusat pengeluaran utama untuk Proton terletak. Bersama dengan Proton, di mana Geely memiliki 49% pegangan saham, pelaburan tersebut bertujuan untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai bandar automotif yang terbesar dan paling canggih di rantau ini atau Lembah Teknologi Tinggi Automotif' (AHTV).

Pembangunan Kawasan Teknologi Tinggi Automotif Tanjung Malim yang dicadangkan itu mungkin melibatkan jenama lain di bawah syarikat Geely
Untuk makluman, pelaburan tersebut dijangka memberi tumpuan kepada pembangunan model-model keluaran Proton. Walau bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan jenama kereta nasional tersebut memberi kontrak pengeluaran kepada rakan kongsi Geely yang lain dan pelbagai jenama dibawahnya pada masa hadapan.
Kedua-dua syarikat, Geely dan DRB-HICOM - syarikat induk Proton - berhasrat untuk menjadikan AHTV Tanjung Malim sebagai pusat Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV) seperti yang dinyatakan dalam Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3274
SELANGOR
BSV542
JOHOR
JH3538J
PULAU PINANG
PSH3806
PERAK
APM9096
PAHANG
CFJ3982
KEDAH
KGJ7992
NEGERI SEMBILAN
NEM5761
KOTA KINABALU
SJV1644
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



