Hanya Yang Terbaik Keluar Kilang, Chery Malaysia Laksana Prosedur PDI
s-full.jpg)
Chery Malaysia mengumumkan bahawa syarikatnya telah berjaya menyelesaikan Pemeriksaan Pra-Penghantaran (Pre-Delivery Inspection – PDI) kelompok pertama di kilang CKD syarikat di Kulim.
Pelaksanaan teknik PDI ke dalam barisan pengeluaran kilang CKD Chery Malaysia merupakan salah satu peristiwa penting yang membuktikan usaha berterusan syarikat untuk memastikan kualiti produk yang dihasilkan terjamin. Melalui pemeriksaan dan ujian yang teliti, hanya produk yang terbaik dibenarkan untuk meninggalkan kilang dan dihantar kepada para pelanggan.
-full_normal.jpg)
Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Encik Leo Chen meluahkan rasa bangganya terhadap kejayaan yang dicapai, “Kejayaan ini adalah kemuncak kerja keras dan usaha gigih kumpulan pemasangan Chery Malaysia di kilang CKD, kami akan terus berusaha untuk menetapkan standard industri baharu bagi memenuhi tahap kualiti antarabangsa.”
-full_normal.jpg)
Chery Malaysia menunjukkan komitmen terhadap kualiti dalam semua aspek proses pembuatan dan pemasangan. Kesediaan barisan pengeluaran dan pemasangan untuk PDI membuktikan perancangan teliti serta pelaburan dalam teknologi dan proses canggih.
Pengenalan PDI dalam proses pengeluaran CKD mengukuhkan kedudukan Chery Malaysia dalam industri automotif Malaysia. Inisiatif ini selaras dengan matlamat syarikat untuk menetapkan standard baharu dalam aspek kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan.
-full_normal.jpg)
Pengarah Kilang KD Chery Malaysia, Encik Xu Jing Zhong dipetik berkata, “Chery Tiggo 8 Pro adalah sebahagian daripada kelompok awal yang akan dilengkapkan di barisan pengeluaran, dan ia akan dihantar kepada pelanggan. SUV premium ini tampil unik dengan prestasi cemerlang, reka bentuk menawan, nilai mengagumkan, keselamatan dan pelbagai ciri menarik lain. Inilah pilihan yang diutamakan dalam kalangan golongan elit, usahawan dan individu yang bercitarasa tinggi.”
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4754
SELANGOR
BSV2914
JOHOR
JH7593J
PULAU PINANG
PSH5414
PERAK
APN2099
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9084
NEGERI SEMBILAN
NEM6562
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB701Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


