ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hanya Yang Terbaik Keluar Kilang, Chery Malaysia Laksana Prosedur PDI

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-PDI-CKD-Caricarz-(1)s.jpg


Chery Malaysia mengumumkan bahawa syarikatnya telah berjaya menyelesaikan  Pemeriksaan Pra-Penghantaran (Pre-Delivery  Inspection – PDI) kelompok pertama di kilang CKD syarikat di Kulim. 


Pelaksanaan teknik PDI ke dalam barisan pengeluaran kilang CKD Chery Malaysia merupakan salah satu peristiwa penting yang membuktikan usaha berterusan syarikat untuk memastikan kualiti produk yang dihasilkan terjamin. Melalui pemeriksaan dan ujian yang teliti, hanya produk yang terbaik dibenarkan untuk meninggalkan kilang dan dihantar kepada para pelanggan. 


Chery-PDI-CKD-Caricarz-(2).jpg


Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Encik Leo Chen meluahkan rasa bangganya terhadap kejayaan yang dicapai,  “Kejayaan ini adalah kemuncak kerja keras dan usaha gigih kumpulan pemasangan Chery Malaysia di kilang CKD, kami akan terus berusaha untuk  menetapkan standard industri baharu bagi memenuhi tahap kualiti  antarabangsa.”  


image-(9).jpg


Chery Malaysia menunjukkan komitmen terhadap kualiti dalam semua aspek proses pembuatan dan pemasangan. Kesediaan barisan pengeluaran dan pemasangan untuk PDI membuktikan perancangan teliti serta pelaburan dalam teknologi dan proses canggih.


Pengenalan PDI dalam proses pengeluaran CKD mengukuhkan kedudukan Chery Malaysia dalam industri automotif Malaysia. Inisiatif ini selaras dengan matlamat syarikat untuk menetapkan standard baharu dalam aspek kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan.


image-(z9).jpg


Pengarah Kilang KD Chery Malaysia, Encik Xu Jing Zhong dipetik berkata, “Chery Tiggo 8 Pro adalah sebahagian daripada kelompok awal yang akan dilengkapkan di barisan pengeluaran, dan ia akan dihantar kepada  pelanggan. SUV premium ini tampil unik dengan prestasi cemerlang, reka bentuk menawan, nilai mengagumkan, keselamatan dan pelbagai ciri menarik lain.  Inilah pilihan yang diutamakan dalam kalangan golongan elit, usahawan dan  individu yang bercitarasa tinggi.” 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV4471

SELANGOR

BSU5907

JOHOR

JG3420J

PULAU PINANG

PSG7331

PERAK

APM4661

PAHANG

CFJ2180

KEDAH

KGJ5701

NEGERI SEMBILAN

NEM3843

KOTA KINABALU

SJU6823

KUCHING

QAB8209P

Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026
Berita Auto
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Berita Auto
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ekor Rapat Sebab Nak Jimat Duit.

23-10-2026
Berita Auto
TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu 'sesak' dengan 800,000 pengguna,

23-10-2026
Berita Auto
Berapa Ramai Guna Waze?

Berapa Ramai Guna Waze?

6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.

23-10-2026
Berita Auto
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri

Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri

Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.

23-10-2026
Berita Auto
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.

23-10-2026
Berita Auto
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan

Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan

Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.

23-10-2026
Berita Auto
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift

S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift

Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?

22-10-2026
Berita Auto
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.