Nissan Skyline Nismo Versi ICE Terakhir – 414 HP, Terhad 1,000 Unit
-full.webp)
Nissan Skyline Nismo 2024
Nissan dilaporkan merancang untuk meneruskan pengeluaran model ikonik 'Skyline' dalam trenkuasa elektrik sepenuhnya untuk generasi seterusnya. Namun, sebelum menamatkan versi enjin pembakaran dalaman (ICE) secara rasmi, Nismo memutuskan untuk memberikan satu lagi sentuhan terakhir kepada model legenda ini dalam bentuk Nissan Skyline Nismo serba baharu.
-full.webp)
-full.webp)
Enjin V6 turbo kembar 3.0 liter Skyline menerima talaan eksklusif Nismo, kini dengan output 414 HP!
Bukan sekadar peningkatan dari segi kosmetik biasa seperti barisan GR Sport milik Toyota, tetapi dari segenap aspek oleh Nismo. Dibangunkan berdasarkan model Skyline generasi ke-13, Skyline Nismo kali ini menggunakan enjin V6 turbo kembar 3.0 liter yang sama seperti model standard, tetapi telah diberikan talaan semula oleh Nismo yang membolehkannya mencapai prestasi lebih tinggi sehingga 414 hp dan 550 Nm.
-full.webp)
-full.webp)
Skyline Nismo terbaru tidak ditawarkan dengan pilihan gear manual, sebaliknya menggunakan transmisi automatik tujuh kelajuan. Namun, Nissan dan Nismo mendakwa bahawa kualiti peralihan transmisi berubah apabila pemandu mengaktifkan mod pemanduan Sport dan Sport+.
-full.webp)
-full.webp)
Selain trenkuasa, sentuhan istimewa Nismo turut diberikan pada sistem suspensi yang ditala semula, tayar berprestasi dengan bunga yang lebih lebar pada bahagian belakang, serta pad brek yang telah dipertingkat dengan sistem ABS yang ditala semula.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Dari segi visual, Skyline Nismo tampil sporty, dengan gaya yang hampir menyamai model Nismo dua pintu, Nismo GT-R dan model yang baru dilancarkan, Nismo Z. Pada bahagian hadapan, Skyline ini menerima bampar dalam reka bentuk baharu, dengan bibir depan Nismo (dalam aksen merah khas Nismo). Gril berbentuk V yang menjadi ciri eksklusif Skyline masih dikekalkan.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Dari bahagian tepi, Skyline Nismo kini menggunakan tayar Enkei 19 inci khas, yang walaupun bersaiz lebih besar, tetapi lebih ringan daripada tayar standard Skyline. Aksen merah di bahagian hadapan berterusan pada skirt sisi, dan pada fender depan terdapat logo GT - penghormatan kepada model klasik Skyline GT S54A-1 dari tahun 1960-an.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Aksen merah terus digunakan pada bahagian belakang Skyline Nismo. Ciri lain yang menonjol di sudut belakang ialah diffuser yang kelihatan agresif, lampu brek tengah berkonsep ‘kereta lumba’ dan logo Nismo. Turut mencuri perhatian, spoiler ducktail pada but belakang yang berwarna hitam berkilat serta dua corong ekzos.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Warna tema merah-hitam diteruskan di bahagian dalam Skyline Nismo. Model ini dilengkapi dengan tempat duduk Recaro berlogo Nismo, stereng Nismo yang diberikan balutan kulit eksklusif, kluster instrumen Nismo separa digital, jahitan merah di pelbagai bahagian kabin, ambang pintu Nismo dan banyak lagi. Ciri yang menjadikan model ini lebih istimewa ialah terdapat plat khas yang tertulis nombor unit kereta sport ini pada konsol tengah.
-full.webp)
-full.webp)
Hanya 1,000 unit Skyline Nismo ditawarkan, dan semuanya untuk pasaran negara Jepun!
Plat nombor tersebut adalah ciri tambahan penting, kerana Nissan hanya merancang untuk mengeluarkan sebanyak 1,000 unit Nissan Skyline Nismo, khas untuk pasaran Jepun ini, dengan harga dari JPY 7.88 juta (~RM251,478). Daripada 1,000 unit terhad ini, 100 daripadanya adalah versi Nismo Limited dengan roda berwarna kelabu dan lambang GT yang disebutkan sebelum ini. Sekaligus menjadikan unit ini jauh lebih unik daripada Nismo GT-R dan Z Nismo.
-full.webp)
Jadi, apa pendapat tentang Nissan Skyline Nismo ini? Adakah anda berminat untuk melihat salah satu daripada model edisi terhad ini ditawarkan oleh mana-mana penjual kereta recon di Malaysia secepat mungkin? Seperti biasa, jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di ruangan yang disediakan di bawah.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



