BYD Seal: Negara Jiran Dah Dapat, KITA Bila Lagi?

BYD melancarkan model BYD Seal di Thailand dan Singapura pada minggu lepas.
Untuk pasaran Thailand, terdapat tiga varian:
• Dynamic RWD – RM169,424
• Premium RWD - RM 185,279
• AWD Performance – RM 204,459
Bermula dengan varian Dynamic RWD, ia disumbat dengan pek bateri berkapasiti 61.44kWj dimana ia mampu menghamburkan setakat 204 hp dan tork 310Nm.

Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.5 saat.
Dengan hanya sekali cas, ia mampu melakukan perjalanan sejauh 510 kilometer (KM).
Bagi varian Premium RWD pula, ia mempunyai pek bateri yang agak besar sedikit iaitu 82.5kWj. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 313 hp dan tork 360Nm.
Untuk varian berspesifikasi pertengahan ini, ia boleh melakukan jarak gerak sejauh 650km.


Akhir sekali ialah AWD Performance. Ia juga memiliki pek bateri yang sama dengan Premium AWD.
Sebaliknya, ia menghasilkan kuasa setakat 530 hp dan 670 Nm memandangkan ia mempunyai dua pek bateri.


Difahamkan, varian tertinggi ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat dan mampu melakukan perjalanan sejauh 580 km dengan sekali cas.


BYD SEAL SINGAPURA.
Untuk pasaran Singapura, ia juga mempunyai tiga varian:
• Dynamic – Ada tetapan satu motor
• Dynamic – Dua tetapan motor
• Performance
Spesifikasi ketiga-tiga varian ini lebih kurang sama dengan BYD Seal di Thailand.
Namun jangan terkejut dengan harga yang ditawarkan di Singapura. Ini kerana harga di Singapura lain sedikit kerana juala kereta di sana termasuk cukai import dan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).
Jadi, BYD Seal dijual pada harga antara RM835,219 hingga RM979,644 bergantung kepada varian.
Apapun, kehadiran BYD Seal di kedua-dua negara jiran ini menunjukkan tanda bahawa ia mungkin masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Buat masa ini, BYD SD Motors Malaysia masih berdiam diri dan tidak mendedahkan sebarang pelancaran BYD Seal di Malaysia.
Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi mereka nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



