Toyota Alphard & Vellfire Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM438K


UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu untuk pasaran Malaysia secara rasmi. Kedua-dua ditawarkan dalam satu varian.
CIRI MEKANIKAL TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE
Dari segi mekanikal, kedua-dua model ini dibangunkan berdasarkan platform GA-K Toyota, yang menjanjikan peningkatan kekukuhan sehingga lebih daripada 50% berbanding dengan edisi sebelumnya. Namun, dari segi enjin, pasaran Malaysia menerima sistem yang berbeza.


Pertama, Alphard generasi keempat versi Executive Lounge dikuasakan oleh enjin yang sama yang digunakan pada model Vellfire pasaran Jepun dan kembar mewah Alphard, iaitu Lexus LM yang baharu, enjin turbo 2.4 liter 4 silinder. Enjin berkuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift untuk menghasilkan 278 PS dan 430 NM.


Sementara itu, Vellfire untuk pasaran Malaysia pula dipasangkan dengan enjin yang ‘kurang berkuasa’ iaitu 2.5 liter 4-silinder nat-asp 2AR-FE. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi CVT 7-kelajuan dengan output 182 PS dan 235 NM.
LUARAN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE




Alphard didatangkan dengan pelbagai ciri premium seperti lampu depan LED Tri-Eyes yang disesuaikan dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED berjujukan yang bergaya. Lampu ini mengapit gril yang direka elegan dengan corak putus-putus.




Sementara itu, Vellfire pula tampil menyerlah dengan gaya yang lebih sporty. Di hadapan, model ini menggayakan gril bar krom yang disusun melintang, selain diberikan bampar yang diapit oleh komponen ambilan udara palsu. Vellfire juga menerima kemasan krom tambahan pada bahagian luar, termasuk pada bibir depan dan belakang, keliling tingkap, pemegang pintu dan banyak lagi.
Dari sudut tepi, dapat dilihat kedua-duanya dipasangkan dengan rim aloi bersaiz 19 inci.
KABIN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Bergerak masuk ke dalam ruang kabin, Alphard Executive Lounge dilengkapi dengan tempat duduk VIP Executive Lounge khas di barisan kedua. Ruang ini menampulkan dua tempat duduk kapten dengan fungsi pelarasan automatik, urut, dan pengudaraan, selain turut ditawarkan dengan ciri tumpang sepenuhnya serta sokongan ottoman.


Tempat duduk barisan kedua Alphard ini dilengkapi dengan panel kawalan bersaiz telefon pintar yang membolehkan penumpang mengakses fungsi pelarasan tempat duduk dan pengurutan, sistem hiburan, pendingin hawa, pembukaan pintu, pencahayaan kabin dan kawalan bumbung suria. Bagi penumpang belakang, terdapat skrin infotainmen 14-inci yang dipasang pada bahagian tengah headliner Alphard, yang juga mempunyai beberapa butang kawalan.


Sementara itu, Vellfire versi Malaysia pula direka berdasarkan varian Z Premier yang ditawarkan Jepun. Kabinnya dilengkapi dengan ciri seperti dua tempat duduk kapten di baris kedua dengan fungsi pelarasan automatik dan pengudaraan, bumbung suria berasingan dan banyak lagi. Berbeza dengan Alphard, tempat duduk Vellfire tiada fungsi urut, baring sepenuhnya atau sokongan ottoman.



Secara standard, kedua-dua model dilengkapi dengan skrin infotainmen 14 inci yang menerima sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Di bawah skrin ini teradpat panel kawalan pendingin udara. Selain itu, terdapat paparan multi-info TFT 12.3 inci, stereng boleh laras dengan fungsi memori, sistem pencahayaan ambien 64 warna, sistem audio JBL 15 speaker, pad pengecas tanpa wayar dan sebagainya.
WARNA TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE
Kedua-dua model ini didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja) dan Hitam.
CIRI KESELAMATAN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Dari segi keselamatan, kedua-dua Alphard dan Vellfire yang baharu hadir dengan pakej keselamatan terkini iaitu Toyota Safety Sense 3.0 ADAS. Pakej keselamatan ini menambah pelbagai ciri keselamatan aktif seperti sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHS), Kawalan Kelajuan Radar Dinamik (DRCC), Amaran Keluar Lorong (LDA), Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), dan Bantuan Tanda Jalan (RSA), di samping ciri keselamatan pasif standard seperti ABS dengan EBD, kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (VSC) dan banyak lagi.
HARGA JUALAN TOYOTA ALPHARD & VELLFIRE


Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dipasarkan di Malaysia sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari kilang Mie Toyota di Jepun. Harga jualan Vellfire 2.5 bermula daripada RM438,000, manakala Alphard 2.4T Executive Lounge pula daripada RM538,000. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans serta spesifikasi tambahan. Pembelian adalah termasuk jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan selama 5 tahun.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP2370
SELANGOR
BSM9662
JOHOR
JYS5705
PULAU PINANG
PSA3142
PERAK
APF6906
PAHANG
CFF5983
KEDAH
KGE6158
NEGERI SEMBILAN
NEJ6799
KOTA KINABALU
SJQ6358
KUCHING
QAB3739N
Terakhir Kemas Kini 07 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .
05-12-2025
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.
06-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser
Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.
31-07-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
