Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini manakala sebanyak 8,574 unit terjual pada November 2025.
Rekod baharu itu menunjukkan prestasi jualan positif mencerminkan minat berterusan pelanggan terhadap rangkaian model Toyota.
Untuk itu UMWT memperkukuh aspirasi Customer First melalui penambahan rangkaian di Johor, antara wilayah yang berkembang pesat di Malaysia.
Langkah itu selari dengan strategi Toyota untuk meningkatkan akses pelanggan, memperluas kapasiti servis dan memastikan pelanggan di kawasan berpotensi tinggi menikmati kemudahan moden.

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran, berkata setiap usaha syarikat perlu dilihat melalui falsafah Best in Town yang mengutamakan keselesaan, perkhidmatan relevan dan sokongan dipercayai dalam setiap titik sentuh pelanggan.
"Setiap cawangan baharu atau dinaik taraf direka untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dengan menawarkan kemudahan, fasiliti moden serta pasukan terlatih untuk memberi perkhidmatan berkualiti," katanya.
Pembangunan Johor yang pesat mendorong UMWT memperkukuh kehadiran bagi menawarkan kapasiti lebih baik, fasiliti berasaskan kelestarian serta kemampuan masa depan yang menyokong pendekatan Multi-pathway Toyota.
Antara pelaburan terbaharu adalah transformasi Hong Huat Automobile Sdn Bhd di Kluang, yang kini beroperasi sebagai Pusat 4S merangkumi jualan, servis, alat ganti serta Body & Paint di bawah satu bumbung.

Pusat bersepadu itu menawarkan destinasi sehenti bagi pelanggan di Kluang, Renggam, Paloh dan Simpang Renggam.
Kemudahan baharu itu menampilkan 22 lot servis, sistem diagnostik maju untuk menyokong servis hibrid dan trenkuasa masa depan serta Pusat Body & Paint moden dengan kelengkapan penyembur berkecekapan tinggi.

Ruang pelanggan turut ditambah baik dengan lounge selesa, Wi-Fi, hiburan, serta ruang bermain kanak-kanak dan bilik khusus bayi.
Pusat 4S itu dibina sebagai kemudahan masa depan selari hala tuju kelestarian Toyota, melalui pemasangan solar untuk mengurangkan penggunaan elektrik serta sistem penuaian air hujan untuk kegunaan bukan minuman.
UMWT turut membuka Pusat 3S baharu di Nusajaya yang dikendalikan oleh Super Evergreen (Nusajaya) Sdn Bhd di Iskandar Puteri.
Dibina di atas keluasan 21,000 kaki persegi, kemudahan itu memenuhi peningkatan permintaan dalam kalangan pelanggan di Johor Bahru, Nusajaya dan kawasan pembangunan sekitar.
Dengan penambahan dua kemudahan itu, rangkaian Toyota di seluruh negara kini meningkat kepada 106 cawangan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6357
SELANGOR
BSR7090
JOHOR
JA5082J
PULAU PINANG
PSD9358
PERAK
APJ9570
PAHANG
CFH2061
KEDAH
KGH1740
NEGERI SEMBILAN
NEK9653
KOTA KINABALU
SJT1527
KUCHING
QAB2242P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.
06-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser
Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.
31-07-2025
Berita Terkini
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat