ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MG Kembali Ke M;sia: Rancang Lancar 4 Model

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

CariCarz.com mendapat tahu bahawa SAIC Motor, salah satu pengeluar automotif terkemuka di Malaysia dan menduduki tempat ke-84 daripada senarai syarikat Fortune Global 500, telah menubuhkan ibu pejabatnya di Malaysia.

Ini kerana SAIC Malaysia merancang untuk membawa semula  pengalaman automotif di Malaysia mulai tahun depan dengan memperkenalkan empat model MG  daripada 16 barisan model kepada rakyat Malaysia.

Dikhabarkan syarikat itu akan melancarkan model tersebut pada suku pertama tahun 2024. Ia akan diedarkan di Malaysia oleh anak syarikat SAIC, MG Malaysia (MGM).

image.png

MGM akan menawarkan empat model yang dilengkapi dengan teknologi dan prestasi canggih.

Barisan model itu akan menawarkan dua kenderaan elektrik (EV) dan dua lagi model enjin pembakaran dalaman (ICE).

MG 4, akan didapati dalam empat varian sekali gus  akan menjadi model pertama yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun depan.

Malah,  MG 4 akan diletakkan sebagai pesaing yang hebat berbanding pemain pasaran lain seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Difahamkan, MG Cyberster baru sahaja memulakan penghantaran di China, akan tiba pada suku kedua di Malaysia.

Harga roadster elektrik ini dikatakan lebih mahal berbanding dengan Mazda MX-5, iaitu sekitar RM250,000.

image.png

Apa yang pasti, pengenalan MG Cyberster di Malaysia secara automatik akan menjadikan ia sebagai kereta Flagship  atau ‘halo’ MG, dan sudah bersedia untuk  menawan hati penggemar kereta sports.

MGM juga akan memperkenalkan  SUV segmen C, MG HS, untuk bersaing dengan Honda CR-V dan Chery Omoda 5. 

Namun jentera itu akan mendarat pada suku ketiga tahun depan.

MG HS, dikatakan cukup menawan kerana ia menjanjikan untuk memberikan gaya, keselesaan dan prestasi dengan 

Menurut MGM, mereka bercadang untuk menamatkan tahun  2024 pada tahap yang tinggi dengan melancarkan MG 3 pada suku keempat nanti.

image.pngimage.png

Kehadirannya di pasaran dikatakan akan menarik minat pengguna dalam pasaran sedan segmen B. 

Selain itu, MG 3 juga bersedia untuk membuat penampilan sulungnya  di peringkat global pada suku ketiga tahun depan.

image.png

Buat masa ini, MGM telah memperoleh 18 daripada rangkaian 24 peniaga yang dirancang sebagai persediaan untuk pelancaran besar-besarannya nanti.

 Rangkaian tersebut akan memastikan pelanggan dan peminat MG di seluruh Malaysia mempunyai akses mudah kepada tawaran dan perkhidmatan jenama itu.

Bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, MGM juga akan melancarkan aplikasi MG ismart, yang akan menyediakan sambungan kenderaan yang lancar dan kemas kini melalui udara (OTA) untuk barisan kenderaannya. 

Teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MG!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY352

SELANGOR

BSU9632

JOHOR

JH2571J

PULAU PINANG

PSH3441

PERAK

APM8489

PAHANG

CFJ3812

KEDAH

KGJ7704

NEGERI SEMBILAN

NEM5592

KOTA KINABALU

SJV1353

KUCHING

QAB9780P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

05-09-2024
Berita Auto

29-01-2024
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
EV

23-08-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
JPJ Cipta Sejarah

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Berita Auto
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028

Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.

10-11-2026
Berita Auto
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026

CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.

10-11-2026
Berita Auto
Budak Tersungkur Atas Jalan, Polis Cari Waris

Budak Tersungkur Atas Jalan, Polis Cari Waris

Punca masih belum diketahui.

10-11-2026
Berita Auto
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.