Pertandingan Reka Bentuk Sedan ACSDC 2023: Kereta 'Payung' Jadi Juara

Pemenang Asian Compact Sedan Design Challenge 2023
Pertandingan reka bentuk kereta yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia, "Asian Compact Sedan Design Challenge 2023" (ACSDC 2023), anjuran Perodua dan Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan daripada 93 pereka dari 7 negara.


Antara idea rekaan sedan daripada pelajar dan pereka profesional
ACSDC 2023 merupakan pertandingan reka bentuk kereta sedan yang dibuka kepada pereka profesional dan pelajar di Asia ini berjaya menarik penyertaan dari Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Iran, Jepun, India dan Malaysia.




Reka bentuk sedan yang unik dan futuristik daripada para peserta ACSDC 2023
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Jumlah penyertaan dari negara-negara lain di dalam Asia adalah menggalakkan walaupun pendedahan terhadap jenama Perodua dan MRM di luar Malaysia adalah terhad.”
Dalam kategori profesional, Kenny Chan dari Malaysia dinamakan sebagai juara ACSDC 2023 dengan kereta konsep "Payung". Menurut ketua juri, Muhamad Zamuren Musa, reka bentuk kereta tersebut dinamik dengan siluet 'fastback' serta memiliki karakter badan yang kukuh dan stabil. Elemen kreatif dan sentuhan terperinci lain yang diberikan pada model dihasilkan membuatkannya menonjol berbanding yang lain.

Philip Samuel Tandio dari Indonesia menjadi naib juara dengan konsep "Out Ride", manakala "Fastback" oleh Muhammad Izhar Che Shukarno mendapat tempat ketiga.
Bagi kategori pelajar, Bryan Teh Yea Quan dari Universiti Asia Pasifik (APU), Malaysia, dinobatkan sebagai juara dengan interpretasi uniknya untuk kereta sedan yang bergaya.
Alfred Han Wen Hao dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi naib juara, manakala Muhammad Amin Othman dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, mendapat tempat ketiga.
MENJADI INSPIRASI REKAAN BEZZA AKAN DATANG
Perodua mendedahkan rancangan untuk membangunkan model baru berdasarkan reka bentuk pemenang dalam ACSDC 2023. Naib Presiden Perodua, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, menyatakan bahawa reka bentuk yang dipilih akan menjadi inspirasi untuk model masa depan, mungkin generasi seterusnya bagi sedan Bezza.

Naib Presiden Perodua, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim
Buat masa ini, proses pembangunan produk masih pada peringkat awal. Dalam penghasilannya, Perodua menekankan keseimbangan antara nilai estetika, fungsi, dan daya tarikan pasaran yang lebih meluas. Perodua berhasrat untuk meletakkan sedan baru ini tidak hanya untuk pasaran Malaysia tetapi juga untuk pasaran antarabangsa.
GAMBARAN SEDAN YANG BERBEZA DARI SATU NEGARA KE SATU NEGARA
Menurut Dato’ Sri Zainal, “Bagi Perodua, pertandingan ini memberikan gambaran mengenai sedan kerana definisi dan persepsi kenderaan jenis itu adalah berbeza dari satu negara ke negara yang lain.
“Rakyat Malaysia melihatnya sebagai kenderaan yang praktikal manakala negara lain mungkin melihatnya lebih sebagai simbol status dan dengan menganjurkan pertandingan ini, kita dapat melihat di mana kita boleh menggabungkan kedua-dua idea itu menjadi satu,” katanya.

Pengarah MRM, Tuan Husaini Ismail
"Pertandingan ini tidak hanya menguji bakat pereka tetapi juga membuka mata mereka kepada pelbagai falsafah reka bentuk dari seluruh dunia," kata Pengarah MRM, Husaini Ismail.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX1952
SELANGOR
BSU8035
JOHOR
JG8592J
PULAU PINANG
PSH1946
PERAK
APM6992
PAHANG
CFJ3284
KEDAH
KGJ6927
NEGERI SEMBILAN
NEM4960
KOTA KINABALU
SJU9642
KUCHING
QAB9422P
Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

