ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Jalin Kerjasama Dengan EDOTCO – Perluas Pengecas EV Di 203 Lokasi!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_3909.JPG


Syarikat penyedia penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV), ChargeSini, telah bergabung tenaga dengan syarikat infrastruktur telekomunikasi terkemuka, EDOTCO, untuk merevolusikan landskap penyediaan infrastruktur EV di negara ini.


Usaha kolaboratif ini memberi tumpuan kepada pemasangan stesen pengecasan EV di bangunan-bangunan di seluruh negara, menggunakan tapak-tapak EDOTCO yang sedia ada dalam In-Building Solutions (IBS). 


IMG_3969.JPG


Pengarah Perniagaan Malaysia di EDOTCO Group, Gayan Koralage berkata, "Dengan lebih daripada 13,000 kenderaan elektrik sudah berada di jalan raya Malaysia, kami menjangkakan peningkatan pesat sehingga setengah juta menjelang tahun 2025." 


Penggunaan EV yang kian berkembang dari masa ke masa ini menunjukkan keperluan untuk menyediakan lebih banyak stesen pengecas di serata negara. 


Baca: ChargeSini Kini Operator Pengecas EV Kedua Terbesar Malaysia – Lebih 500 Pengecas Seluruh Negara


Tambah beliau, "Infrastruktur kami, yang mudah diakses di lokasi-lokasi strategik seperti pusat-pusat membeli belah, lapangan terbang, hospital, universiti dan di tepi jalan, menyediakan sambungan yang lancar serta dapat menyokong ekosistem EV yang berkembang.”


Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja Value-Creation-Cadence EDOTCO dan merupakan satu langkah yang signifikan ke arah aliran pendapatan baharu.


IMG_3960---Copy.JPG


Menggunakan kepakarannya dalam infrastruktur komunikasi, EDOTCO merancang untuk memainkan peranan penting dalam menyediakan sambungan kuasa dan mendapatkan ruang parkir di lokasi yang terpilih, sekaligus melancarkan integrasi stesen pengecas EV dalam infrastruktur sedia ada.


Sementara itu, ChargeSini akan menyediakan pengecas EV berteknologi tinggi dan sistem backend yang canggih,  memastikan penyelesaian menyeluruh dan efisien kepada pengguna kenderaan elektrik.


IMG_3936.JPG


Fasa awal kerjasama ini melibatkan pemasangan stesen pengecas EV di 203 lokasi yang strategik untuk mempromosikan mobiliti bandar yang mampan.


Mengulas mengenai kerjasama ini, Ketua Pengarah Operasi dan Pengasas ChargeSini, James Goh, berkata, "Kerjasama ini mencerminkan penyatuan sinergi antara pengalaman luas EDOTCO dalam infrastruktur telekomunikasi dan pendekatan terkini yang digunakan ChargeSini terhadap teknologi pengecasan EV.”


IMG_3918.JPG


Beliau juga menambah bahawa usaha sama ini bertujuan untuk mempercepat penerimaan mobiliti lestari di Malaysia, bukan sekadar membina lebih banyak infrastruktur. 


"Kami berazam untuk meningkatkan landskap EV secara besar-besaran dan menyelaraskan usaha kami dengan visi negara demi masa depan yang lebih lestari dan mesra alam,” katanya. 


EDOTCO dan ChargeSini menyasarkan strategi pengembangan yang merangkumi infrastruktur sedia ada EDOTCO. Usaha tersebut termasuk penggunaan tiang-tiang EDOTCO di pusat-pusat bandar di seluruh negara dengan objektif untuk memperluaskan aksesibiliti pengecas kenderaan elektrik di pelbagai pasaran.


Kerjasama yang dijalinkan ini penting dalam usaha mencapai agenda negara yang tercatat dalam Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030. Berdasarkan pelan tersebut, kerajaan menyasarkan sebanyak 10,000 stesen pengecas EV awam dapat disediakan menjelang tahun 2025.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7915

SELANGOR

BSU9386

JOHOR

JH1934J

PULAU PINANG

PSH3136

PERAK

APM8043

PAHANG

CFJ3720

KEDAH

KGJ7510

NEGERI SEMBILAN

NEM5464

KOTA KINABALU

SJV1134

KUCHING

QAB9667P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

16-10-2026
Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026

Berita Terkini

EV
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.

06-11-2026
EV
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV
Cybercab Singgah Malaysia

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.